SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Wednesday, December 23, 2009

Farewell To MD

Petang tadi di adakan suatu majlis perpisahan untuk MD, En Shaharom yang akan menamatkan perkhidmatan dan akan bercuti ke London mulai besok. Jawatan MD akan diambil alih oleh En Karim Abdul Salam bermula 1 Januari nanti. En Karim juga hadir sebagai tetamu pada majlis ini.

Bak kata Dato Zainon, Pengerusi Pernec "Pernec itu Shaharom dan Shaharom itu Pernec", yang di highlite kan oleh Ismail Raji, menggambarkan betapa perkhidmatan dan sumbangan besar MD kepada syarikat selama 26 beliau bertugas di Pernec di mana 16 tahun dalam kapasiti sebagai MD. Harimau pergi meninggalkan belang, En Shaharom pergi meninggalkan nama, kerana jasa dan legasi nya.

Doa yang dibacakan oleh Hj Hisham Hamzah juga begitu menyentuh dan penuh syahdu memohon segala kebaikan buat En Shaharom dalam menjalani fasa seterusnya dalam hidup.

En Shaharom dalam ucapannya sempat mengingati para hadirin akan pentingnya menghayati tugas bekerja di Pernec ini sebagai satu ibadah. Yang perlu di lakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh demi kemajuan syarikat dan kepentingan ummah. Keduanya ialah tentang pentingnya membahagikan masa kita kepada tiga komponen iaitu kerjaya, keluarga, dan masyarakat. Sesuai dengan hadith Rasulullah yang menekankan bahawa tidak ada lagi hubungan apabila kita mati melainkan tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat, dan amal jariah. Suasana yang Islamic di Pernec telah memberikakan kita semua keberkatan dan MD mengingatkan supaya elemen maksiat dan apa saja yang bertentangan dengan syariat mestilah di buang jauh. Kita berdoa semoga Allah mengurniakan rezki yang barokah kepada Pernec dan kakitangan nya semua.

Seterusnya MD menekankan bahawa kita hendaklah saling hormat menghormati antara kakitangan samada yang sudah lama berkhidmat maupun kakitangan yang baru. Semua kita ada peranan dan tanggung jawab yang perlu di pikul penuh amanah. Konsep PRISM iaitu Progressive, Respect, Innovative, Supportive, dan Moral adalah tunjang dan nilai yang kita dokong. Kelima-lima nilai ini adalah saling kait mengait yang akan memacu syarikat ini menjadi perkasa dan maju.

MD juga mengingatkan elemen "4E" yang harus ada untuk berdaya saing iaitu Energy, Energize, Edge, dan Execution. Sehebat mana pun perancangan tapi jika gagal di implementasi kan dengan baik maka akan tiada maknanya. Kita mestilah ada motivasi diri dan berdaya saing untuk juga memotivasikan staf yang lain. Hendaklah rajin koreksi diri dengan belajar dan mendapatkan skil dan teknologi yang diperlukan. Dan Pernec mesti ada ciri "me only" bukan nya "me too" supaya kita unik dan ada edge berbanding yang lain. InsyaAllah kita akan kekal relevan dan dapat terus kekal dalam bisnes dan industri.

@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...