SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Thursday, February 27, 2014

Kerja Sebagai Ibadah

Alhamdulillah Ceramah Perdana sulong 2014 telah berlangsung semalam dan mendapat sambutan yang baik daripada warga Pernec sekelian. Ustaz Yusri Ariffin telah bermula dengan mood santai menceritakan beberapa terminologi arab yang mencuit rasa para odion dan menyegarkan suasana. Maklumlah program di waktu petang begini kalau tidak kena caranya boleh mengundang mata yang mengantuk dan fikiran yang tidak fokus. Sdra Nor Hisham pula telah menjadi MC dengan bergaya dan penuh potensi. 

Antara poin2 yang Ustaz sebut berkaitan tajuk ceramah "Kerja Sebagai Ibadah" ialah antara pra-syarat yang mesti dipatuhi termasuklah kerja mestilah dilakukan oleh seorang Muslim. Walaupun Bill Gates itu di anggap paling kaya, paling berjaya di dunia tapi di sisi Allah dia orang yang gagal kerana dia masih bukan seoarng muslim yang menyembah Allah.

Kerja itu mestilah bersifat halal dan toyyiba. Jika kerja itu sendiri bergelumang dengan maksiat atau dari sumber yang haram maka kerja sebegitu tidak boleh di kategori sebagai ibadah. Contohnya seorang esekutif akaun di kilang arak jenama Tiger, maka kerjanya ini tidaklah bolah dikatakan ibadah.

Seterusnya kerja itu mestilah niat atau nawaitu kerana Allah. Contohnya kita keluar bekerja setiap hari untuk mencari rezki yang halal sebagai menampung nafkah kelurga, maka berniatlah aku pergi kerja ini kerana Allah untuk mencari rezki yang halal. 

Ibadah itu bukan hanya 17 minit sehari semalam bila kita mendirikan solat fardu sebanyak 17 rakaat itu sahaja. 

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan setiap makhluk-Nya lingkaran masa 24 jam sehari semalam. Maka sepatutnyalah kita memaksimakan penggunaan masa ini dengan aktiviti dan prilaku yang boleh memberi nilaian yang tinggi di sisi Allah. Bukan sekadar di sanjung atau dipandang hebat oleh manusia semata. 

Contohnya orang berniaga nasi lemak di pagi hari dan berjaya memperoleh keuntungan bersih RM250. Pukul 10 pagi dia sudah balik ke rumahnya. Itu satu pendapatan yang agak lumayan yang berjaya menampung keperluan keluarganya. 

Tapi yang sadisnya dalam dia sibuk bekerja menjual nasi lemak tadi, dia telah tidak mendirikan solat subuhnya. Maka di sana kerjanya tadi tidaklah boleh dikatakan sebagai ibadah. Tiada ketaatan dalam kederhakaan kepada Allah. Dia tergolong dalam manusia yang rugi, bukan untung sebenarnya. Sekali meninggalkan solat subuh akan mengundang bakaran api neraka Allah selama 60 tahun waktu Akhirat. Cuba bayangkan bertapa dahsyatnya asbab sentuhan kecundang manusia dalam membuat kerja di dunia ini.

Akhirnya Ustaz juga mencetus fikir bahwa jadilah kita ini sebagai sifatnya air mutlak iaitu bukan sahaja suci tapi bisa pula menyucikan orang lain. 

Atau sekurang-kurangnya jadilah air musta'mal yang walaupun diri ada sedikit kekurangan atau kekotoran, tapi bisa memberi manfaat kepada orang lain malah dapat membersihkan kekotoran yang ada. 

Namun janganlah jadi air mutanajis yang kotor dan mengotorkan orang lain juga. Maksudnya kita ini jadilah no.1 dalam setiap kerja yang di amanahkan.  

Jika aku ini kerani akaun maka jadilah kerani akaun no.1 di Pernec ini. Jika aku ini pengurus projek maka jadilah pengurus projek no.1. Jika aku ini technician maka jadilah technician no.1, yang hebat. 

Be the best that you can be !! In shaa Allah semoga segala kerja kita menjadi ibadah yang ada nilaiannya di sisi Allah.












Friday, February 07, 2014

Ceramah Perdana Sulong Tahun 2014

Alhamdulillah program Ceramah Perdana akan kita adakan semula setiap bulan sepanjang tahun 2014 ini setelah pihak MD telah menyatakan hasrat sokongannya kepada program2 ilmu seumpama ini agar ruh keberadaan kita di Pernec ini akan terisi dengan kebarokatan dan rahmat Allah jua. 

Program tazkirah pagi juga telah kita sambung dan berjalan lancar dengan mendapat komen dan sambutan yang positif daripada warga Pernec sekelian. Semoga apa yang kita sama2 ushakan ini akan membuahkan hasil yang baik dan yang penting sekali boleh menjadi asbab yang mengundang taufiq dan hidayah Allah. Kita doakan syarikat Pernec serta seluruh staf dan ahli keluarga terus maju jaya dan berbahagia selalu.

Program sulong Ceramah Perdana tahun 2014 ini di jadualkan untuk berlangsung di D'Cafe Pernec pada hari Rabu 25 Feb 2014, pada pukul 4:00-5:30 ptg. Jamuan ringan akan disediakan. Tajuk yang di pilih ialah Kerja Sebagai Ibadah bersesuaian dengan suasana transformasi syarikat yang menekankan kepada peningkatan produktiviti dan kesungguhan untuk menjalankan tugasan kita dengan terbaik. 

Penceramah jemputan kita ialah al-Fadhil Ustaz Yusri Ariffin, seorang pendakwah bebas merangkap Ahli Lembaga Penasihat Tahfiz Darul Quran Hasanah Kpg Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Ustaz Yusri berkelulusan BA(Hons)daripada Univ Al-Azhar Mesir dalam bidang Bahasa Arab. Ustaz pernah memimpin solat hajat dan doa selamat Pernec pada majlis Townhall syarikat baru2 ini.

Semua warga Pernec di jemput hadir ke majlis yang mulia ini.


Ceramah Perdana - Program Sulong 2014

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...