SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, October 27, 2009

Ceramah Perdana Oct 2009

Tarikh: 28 Okt 2009 (Rabu) 4-5.15 ptg
Tajuk: Haji & Qurban
Penceramah: Ust. Sharullah Bin Saidon
Pengetua Maahad Taafiz Akademi Iqra’ Al-Quran Ampang Indah.

Luangkan masa untuk berada di majlis ilmu ini. Semoga majlis diberkati dan berjalan lancar.

Tuesday, October 13, 2009

Kitab TAQWA karya TGNA


Amanah yg diberikan kepada saya untuk menyampaikan tazkirah pagi di corong sistem PA syarikat pada setiap pagi rabu telah dapat di teruskan lagi. Hari ini saya mula membacakan petikan dari kitab bertajuk TAQWA oleh TGNA terbitan Mac 2008 Anbakri Publika Sdn Bhd. Kitab ini mengandungi 52 bab setebal 215 ms. Alhamdulillah saya telah memulakan dengan Bab 1 pagi ini dengan tajuknya "Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua."

Peringatan Rasulullah SAW di dalam hadisnya:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu:
  1. masa muda engkau sebelum datangnya hari tua
  2. masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit
  3. masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa
  4. masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk
  5. dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.

Peringatan ini diberikan dengan suatu tawaran berfaedah supaya tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma. Ibarat mendapat keuntungan tanpa modal, sedangkan orang berniaga mesti melalui modal. Justru kesempatan ini janganlah dibiarkan berlalu dengan sia-sia.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dibidang ilmu ataupun amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran.


Firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus. (Surah at-Tin: 4-6)

@@@

Sunday, October 11, 2009

Perhimpunan Bulan Syawal


Pagi tadi berlangsung perhimpunan bulanan syarikat. Seperti biasa MD menyampaikan amanatnya pada kakitangan syarikat sekelian. Antara yang dapat saya petik ialah, MD mengucapkan rasa syukur kerana kita masih di beri kelapangan oleh Allah untuk terus hidup dan berjaya menghabiskan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lalu. Katanya ibadah puasa itu sendiri sebenarnya adalah satu platform untuk menjana ketaqwaan dalam diri kita. Iman kita ini selalu turun naik. Maka ibadah puasa itu sendiri di harap dapat mencapai objektifnya iaitu untuk menjana atau meningkatkan level ketaqwaan kita.
Taqwa itu ibarat kita melalui sebuah kawasan yang penuh onak dan duri dan kita menyelimuti diri kita dengan selimut tebal untuk melindungi dari ancaman duri dan onak tajam tadi. Satu lagi analogi yang di sampaikan oleh MD ialah taqwa itu berbeza bila berkumpulan dan bila bersendirian. Bila melayari internet bersendirian dan bila melayari internet secara beramai-ramai contohnya. Orang yang bertaqwa mesti faham bahawa walupun kita duduk bersendirian tetapi sebenarnya kita tidak bersendirian. Ada malaikat Raqib & Atib yang sentiasa bersama kita. Dan yang lebih penting Allah sentiasa bersama kita dan mengetahui segala perlakuan kita walupun orang lain tidak nampak. Maka jika kita faham ini sudah tentu kita tidak tergamak lagi melakukan kemungkaran. InsyaAllah.
@@@

Wednesday, October 07, 2009

Tiada Kebaikan Tanpa Solat

Tiada kebaikan tanpa Solat. Why? Kerana solat itu tiang agama. Tanpa tiang runtuh beb. Kerana solat adalah amalan yang pertama akan di hisab di Padang Mahsyar. Kalau failed paper solat maka failed seluruh subjek-subjek lain. Ibarat ambik periksa SPM, kalau failed BM failed terus SPM tu, no value, takleh masuk IPTA.

Solat lima waktu sehari semalam itu di fardhukan kepada kita. Solat ini adalah satu dari lima rukun Islam, syarat menjadi Islam. Mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, dan haji. Tapi orang sanggup puasa Ramadhan tapi sanggup tak solat, pelik tapi dah jadi biasa. Solat teraweh tak miss tapi solat fardu selalu miss. Puasa berlapar berdahaga tapi tak solat, tak tutup aurat, ketawa berdekah2.

Ustaz Hakam pada kuliah ramadhan hari tu ada beritahu 80% daripada muslim kat Malaysia ni tak solat katanya. Apa taknya cuba tengok yang dok melonggok tepi2 jalan, yang dok merempit, yang dok ber concert sana-sini, yang kat ofis berapa ramai tak solat? pelajar2 sekolah berapa ramai yang tak solat. Yang sibuk membeli-belah dan sibuk hal dunia. Lu kira la sendiri. Berapa ramai yang tak solat? ada 8 dari 10 orang tu tak solat? ada tak?

Usahlah bangga jawatan tinggi, harta banyak, kereta power, keluarga bahagia, rupa lawa, budi pekerti baik, cakap power, tapi tak solat. Tak guna sesen pun bro. Ni termasuklah yg solat tapi tak betul, berkhayal, tak khusyuk, wudhuk tak sempurna, dsb.

Orang yang solat tak tentu masuk syurga tapi orang tak solat dah tentu masuk neraka sebab syurga memang reject orang tak solat ni, orang bankrup yang takdak value. Tiada kebaikan tanpa solat.

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...