SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Monday, September 20, 2010

Misi Land Convoy VP5 ke Gaza

16 Sept 2010. Konvoi Darat Aqsa 2 Gaza VP5 selamat tiba di London dari Doha dengan Qatar Airways tepat jam 1.02 petang waktu UK.

En Yusof Hj Ahmad di samping kenderaan untuk misi VP5 terdiri dari Van komersial Nissan Interstar. Sebanyak 6 Van telah dibeli oleh pihak Viva Palestina UK bagi pihak Viva Palestina Malaysia. 3 daripadanya ditaja oleh Aqsa Syarif hasil kutipan dari rakyat Malaysia.

18 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza pagi ini berlepas dari pusat operasi Viva Palestina UK di Luton.

Kenderaan dipandu Sdr Mohd Yusof, mengalami 2 masalah, pertama ketika di tanah UK, tidak dapat dihidupkan dan terpaksa di tolak. Ketika berjalam malam di lebuhraya menuju Paris di Peranchis, kenderaan yang sama mengalami kerosakkan injin dan terpaksa di tunda ke Service Station sekitar 150km selatan Paris.



Satu lagi misi kemanan ke Gaza yang di sertai oleh sukarelawan pelbagai negara berlepas ke Gaza melalui jalan darat untuk menghantar pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Misi ini dikenali sebagai Land Convoy VP5.

Misi kemanusiaan global konvo jalan darat kali ini membawa misi menyemarakkan kempen kesedaran kemanusiaan terhadap Palestin yang akan berlangsung mulai 18 Sept 2010 khususnya disepanjang perjalanan konvoi merentasi beberapa negara di Eropah. Matlamat akhir misi ini ialah untuk menembusi Rafah menuju Gaza bagi membuat penyerahan bantuan barangan dan kenderaan-kenderaan bagi keperluan penduduk Gaza / Palestin yang masih ditindas oleh rejim zalim Israel. Mudah-mudahan Allah swt mengizinkan pencapaian terbaik di dalam misi kali ini.

Warga Pernec agak teruja dan patut berbangga apabila seorang dari kakitangan senior Pernec iaitu Saudara Mohd Yusof Hj Ahmad dari Jabatan PMO, PTX telah menyertai misi ini sebagai salah seorang dari 7 orang yang mewakili Aqsa Syarif, salah satu NGO di bawah naungan Akram . Saudara Yusof adalah Pengerusi Aqsa Syarif cawangan Setiawangsa. Beliau telah berlepas dari KLIA pada tarikh 15 Sept yang lalu.

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya. Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.
Objektif Aqsa Syarif ialah :
  1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
  2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
  3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
  4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.



Semasa dihubungi melalui SMS, Saudara Yusof sempat membalas seperti berikut:


  1. 18/9/10, 10:43am - "Sila tengok picasaweb.google.com/aqsasyarif.subang untuk dapatkan gambar terkini. Hari ini mula perjalanan ke Gaza dari London. Mohon doakan kami berterusan."
  2. 20/9/10, 2:25pm - "Hari ini meeting dengan omputeh. Sekarang bawa truck le Lyon, Peranchis."
  3. 26/9/10, 4:56pm - "Lawati blog aqsa2gaza for latest. Kami dalam perjalanan ke sempadan Turki, 300km lagi. Esok masuk Turki InsyaAllah. Aktivist lain termasuk dari UK, Swiss, N.Zealand, dan banyak lagi."


Konvoi merentasi Semenanjung Greece

25 September 2010, Konvoi Kemanusiaan Global Lifeline for Gaza masih berkampung di pinggir bandaraya Thessaloniki Greece


Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Illahi semoga misi mereka mencapai kejayaan dan dihindari dari segala perkara yang tidak diingini. Amiin.

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...