SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Wednesday, December 29, 2010

Jariah Buat Gaza

Alhamdulillah, walaupun ramai warga Pernec yg tengah bercuti skrg, namun kehadiran semasa Ceramah diadakan semalam agak baik dan berhubung dgn kutipan derma utk Tabung Bantuan Rakyat Palestin yg dilancarkan , kita telah berjaya mengutip sebanyak RM 958.00 sehingga ke pagi tadi dan wang tunai tersebut telah pun diserahkan kpd wakil Aqsa Syarif iaitu Hj Mohd Yusof Ahmad. Jazakallah - Viva Gaza !!



Sekiranya ada sesiapa lagi yg berhajat utk menyumbang , mereka boleh berbuat demikian dgn :-

Akaun utk sumbangan


NO AKAUN MAYBANK

55-1575-004-299 (AQSA SYARIF BERHAD)


Bantulah rakyat GAZA untuk bantu kita, umat Islam untuk membebaskan bumi Palestin dan memberi kemenangan kepada Islam sebagaimana janji Allah. Semoga di depan Allah nanti ada jawaban yang boleh kita beri.


@@@

Wednesday, December 22, 2010

Bumi Jihad GAZA

Ceramah Perdana December 2010
D'Cafe PERNEC


Alhamdulillah pihak AJK Surau Pernec akan menganjurkan Ceramah Perdana bagi bulan December sebagai penutup tirai tahun 2010 dengan sebuah perkongsian pengalaman dan visi perihal Bumi Jihad Gaza dengan penceramah undangan iaitu Hj Norazmi Talib. Beliau adalah seorang ushawan, bekas pensyarah UPM dan merupakan salah seorang dari 14 sukarelawan dari Aqsa Sarif yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu VP5 atau Viva Palestina 5 pada bulan Oktober yang lalu.

Ceramah Perdana kali ini akan di penuhi dengan perkongsian pengalaman, travelodge, slide shows, video clips dan juga kutipan amal bagi dana bantuan untuk rakyat Palestin terutamanya beberapa projek khusus yang telah dikenal pasti pada misi VP5 itu. Semua warga Pernec sekelian adalah di jemput hadir dan jangan lupa untuk mencatat dalam handphone dan calender masing-masing tarikh Rabu 29 Dec 2010 jama 4:00-5:15ptg supaya tidak terlepas pandang program Ceramah Perdana pada kali ini yang juga penutup bagi tahun 2010.

Berikut kita paparkan di sini petikan dari blog Aqsa Sarif buat perkongsian bersama perihal maklumat terkini tentang Palestin dan program-progaram yang diadakan.

Ketika relawan Aqsa Syarif di Gaza di dalam misi konvoi kemanusiaan jalan darat akhir bulan Oktober lalu, para relawan berpeluang melawat projek-projek tajaan rakyat Malaysia yang disumbang melalui tabung Aqsa Syarif. Selain dari itu, relawan Aqsa telah dibawa para NGO yang aktif di Gaza membantu rakyat membangun semula kehidupan rakyat semenjak serangan besar-besaran Israel 2008 dan beberapa serangan berterusan semanjak 2006 serta sekatan oleh rejim Israel terhadap gaza.

Rakyat dan kerajaan Gaza telah menghadapi kemerosotan ekonomi dan pembangunan sehingga ke peringkat keluarga dan individu. Peningkatan penganggguran sehingga 55% dan kebergantungan bantuan oleh rakyat mencecah 75% menjadikan permintaan bantuan untuk pelbagai institusi di dalam masyarakat menjadi semakin kritikal.Lawatan relawan A2G di beberapa penempatan termasuk di Betlahiya dan Jabalia (utara Gaza), Hospital Rantissi dan Islamic University (Gaza City) dan Khanyounis (Selatan Gaza) mendedahkan keadaan sebenar Gaza yang sangat-sangat memerlukan bantuan luar untuk membangun semula sosio-ekonomi di Gaza.

Relawan AQSA berkesempatan mengadakan perbincangan dengan 10 kumpulan NGO yang aktif di dalam kerja-kerja banguan kemasyarakatan di Gaza. Relawan AQSA juga berpeluang mengadakan perbincangan dengan Dato' Bandar Jabalia al-Nazlah serta dengan pengarah Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi dan pegawai di University Islam Gaza. Melalui lawatan-lawatan dan perbincangan yang dijalankan di Gaza, lebih 30 projek-projek dicadangkan untuk pertimbangan relawan Aqsa Syarif.

Sekembalinya ke Malaysia, relawan Aqsa Syarif telah mengadakan bengkel dan telah mengenalpasti enam (6) projek paling kritikal dan munasabah untuk diberikan keutamaan di dalam misi membantu rakyat Gaza dengan anggaran bernilai RM6juta. Projek-projek yang telah dikenalpasti meliputi 3 bidang keutamaan iaitu;

(a).Projek bantuan kemanusiaan - bantuan terus membantu kesusahan dan keperluan semasa;

(b).Projek Membantu Membangun Sosio-ekonomi individu dan keluaraga (jangka sederhana); dan

(c).Projek membangun ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat (jangka panjang).

Enam projek-projek yang dimaksudkan ialah:-

1. Projek Bantuan Beg Sekolah untuk kianak-kanak miskin bernilai USD35.00 (RM120.00) seorang pelajar untuk sejumlah sehingga 5000 pelajar. Projek ini merangkumi bekalan beg sekolah, alat tulis dan pakaian pelajar. Nilai projek dianggarkan sejumlah USD175,000.00 (RM550,000). Projek ini akan dijalankan secara berperingkat dan Aqsa Syarif mempelawa rakyat Malaysia menaja mengikut kemampuan penderma/penaja.

2. Projek Bantuan Para Kanak-kanak Pesakit Kanser di Hospital Rantissi. Ia diuruskan oleh Institute Khatwa Youth di Gaza City. Bantuan dari aspek keperluan para kanak-kanak dan keluarga dengan anggaran sekitar RM250,000.00 setahun.

3. Projek Bantuan Membangunkan Sosio-ekonomi keluarga miskin melalui pembiayaan/bantuan modal permulaan dan modal pusingan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Projek diuruskan oleh Al-najdah Social Asssociation Gaza dan Emaar Association di Khanyounis Selatan Gaza. Projek dianggaran bernilai Euro300,000 (RM1.2j).

4. Projek Projek membina dan mengoperasikan Kilang Roti di Betlahya (Utara Gaza) yang diurus oleh Islamic Society Betlahya. Kilang Roti ini akan mampu menyediakan pekerjaan sekitar 20 orang dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar. Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan.

5. Projek ternakan lembu, kambing, ayam dan arnab bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Projek diurus oleh Persatuan Islam Jabalia. Projek ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Projek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000).

6. Projek ternakan ikan air tawar dan kilang memproses makanan ikan. Projek diurus oleh Persatuan Islam gaza yang telah berjaya memulakan peojek fasa pertama. Makanan ikan yang terlalu mahal untuk diperolehi dari Israel, projek ini akan membantu menurunkan kos operasi projek di samping membantu menyediakan keperluan ikan. Perlu dimaklumkan bahawa semenjak sekatan dan kawalan perairan laut di barat Gaza, para nelayan dihalang untuk ke laut. Relawan Aqsa Syarif telah mengenalpasti teknologi dari Korea bagi menjayakan projek ini. Kos projek dianggarkan sejumlah RM300,000.00.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk sama-sama menanam saham akhirat, sila berhubung terus dengan ibu Pejabat Aqsa Syarif di talian 03-87334636. CEO dan Pegawai Aqsa Syarif bersedia membantu anda merialisasikan niat suci anda. Aqsa Syarif juga membuka peluang ini kepada para usahawan, ahli-ahli korporat, persatiam-persatuan, masjid-masjid dan agensi-agensi yang berminat.

@@@

Saturday, December 11, 2010

Titik Kematian

Semoga Di Cucuri Rahmat Ke Atas Roh Nya

Allah Menyayangi Mu


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”

( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:

“Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”

(Surah al-A’raf ayat 34); (Surah an-Nahl ayat 61)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t:

“Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh.”

(Surah an-Nisaa’ ayat 78)

Tuesday, November 09, 2010

Ceramah Perdana November 2010


Bulan Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang banyak merakamkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam. Peristiwa terpenting yang berlaku, di antaranya seperti ibadah haji dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya demi ketaatan baginda kepada perintah Allah s.w.t. Rentetan daripada peristiwa itu, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya.

Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:


Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Kisah yang dialami keluarga teladan dalam mencapai ketaatan pada Yang Maha berhak ditaati. Pengalaman sang ibu yang diasingkan, ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih buah hatinya yang telah lama didambakan serta sang anak yang merelakan diri untuk disembelih. Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya.

@@@

Wednesday, October 27, 2010

Ceramah Perdana October 2010



Sudah lama kita tidak mengadakan Ceramah Perdana di Pernec sejak ceramah terakhir pada bulan Julai yang lalu. Setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan berhari raya di bulan Syawal, maka Alhamdulillah kita akan memulakan semula siri Ceramah Perdana kita di Kantin Pernec yang kini sudah berubah wajah dan bertukar nama menjadi D'Cafe. Semoga kita semua tidak jemu-jemu dalam pencarian ilmu ini. Marilah kita beramai-ramai menghadirkan diri pada hari Jumaat ini untuk menghayati sebuah tajuk yang agak universal iaitu Indahnya Hidup Bersama Islam yang akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad.
@@@

Monday, September 20, 2010

Misi Land Convoy VP5 ke Gaza

16 Sept 2010. Konvoi Darat Aqsa 2 Gaza VP5 selamat tiba di London dari Doha dengan Qatar Airways tepat jam 1.02 petang waktu UK.

En Yusof Hj Ahmad di samping kenderaan untuk misi VP5 terdiri dari Van komersial Nissan Interstar. Sebanyak 6 Van telah dibeli oleh pihak Viva Palestina UK bagi pihak Viva Palestina Malaysia. 3 daripadanya ditaja oleh Aqsa Syarif hasil kutipan dari rakyat Malaysia.

18 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza pagi ini berlepas dari pusat operasi Viva Palestina UK di Luton.

Kenderaan dipandu Sdr Mohd Yusof, mengalami 2 masalah, pertama ketika di tanah UK, tidak dapat dihidupkan dan terpaksa di tolak. Ketika berjalam malam di lebuhraya menuju Paris di Peranchis, kenderaan yang sama mengalami kerosakkan injin dan terpaksa di tunda ke Service Station sekitar 150km selatan Paris.



Satu lagi misi kemanan ke Gaza yang di sertai oleh sukarelawan pelbagai negara berlepas ke Gaza melalui jalan darat untuk menghantar pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Misi ini dikenali sebagai Land Convoy VP5.

Misi kemanusiaan global konvo jalan darat kali ini membawa misi menyemarakkan kempen kesedaran kemanusiaan terhadap Palestin yang akan berlangsung mulai 18 Sept 2010 khususnya disepanjang perjalanan konvoi merentasi beberapa negara di Eropah. Matlamat akhir misi ini ialah untuk menembusi Rafah menuju Gaza bagi membuat penyerahan bantuan barangan dan kenderaan-kenderaan bagi keperluan penduduk Gaza / Palestin yang masih ditindas oleh rejim zalim Israel. Mudah-mudahan Allah swt mengizinkan pencapaian terbaik di dalam misi kali ini.

Warga Pernec agak teruja dan patut berbangga apabila seorang dari kakitangan senior Pernec iaitu Saudara Mohd Yusof Hj Ahmad dari Jabatan PMO, PTX telah menyertai misi ini sebagai salah seorang dari 7 orang yang mewakili Aqsa Syarif, salah satu NGO di bawah naungan Akram . Saudara Yusof adalah Pengerusi Aqsa Syarif cawangan Setiawangsa. Beliau telah berlepas dari KLIA pada tarikh 15 Sept yang lalu.

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya. Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.
Objektif Aqsa Syarif ialah :
  1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
  2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
  3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
  4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.



Semasa dihubungi melalui SMS, Saudara Yusof sempat membalas seperti berikut:


  1. 18/9/10, 10:43am - "Sila tengok picasaweb.google.com/aqsasyarif.subang untuk dapatkan gambar terkini. Hari ini mula perjalanan ke Gaza dari London. Mohon doakan kami berterusan."
  2. 20/9/10, 2:25pm - "Hari ini meeting dengan omputeh. Sekarang bawa truck le Lyon, Peranchis."
  3. 26/9/10, 4:56pm - "Lawati blog aqsa2gaza for latest. Kami dalam perjalanan ke sempadan Turki, 300km lagi. Esok masuk Turki InsyaAllah. Aktivist lain termasuk dari UK, Swiss, N.Zealand, dan banyak lagi."


Konvoi merentasi Semenanjung Greece

25 September 2010, Konvoi Kemanusiaan Global Lifeline for Gaza masih berkampung di pinggir bandaraya Thessaloniki Greece


Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Illahi semoga misi mereka mencapai kejayaan dan dihindari dari segala perkara yang tidak diingini. Amiin.

@@@

Thursday, August 12, 2010

Kembara Ibadah Bulan Ramadhan

Ramadhan - Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, di pertengahannya Allah memeberikan keampunanNya dan pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya daripada api neraka Jahannam.

Dan di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya memperbanyakkan empat perkara. Dua diantaranya ialah untuk menyukai Allah SWT sedangkan yang dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpanya. Perkara yang menyukakan Allah SWT ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca kalimah Toyyibah dan beritighfar. Dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu hendaklah bermohon kepada Allah untuk masuk syurga dan berlindung denganNya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam.

Program Kuliah Zohor Ogos 2010 - Surau Pernec

---- 000 ---


Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Perdana July 2010


Siri Ceramah Perdana Julai 2010 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh: 26 Julai, Isnin
  • Masa: 4.00 ptg -5.00 ptg
  • Tempat: Kantin

Penceramah: Dr Selamat Aliman
Dr Selamat adalah salah seorang daripada beberapa sukarelawan Malaysia yang bersama sukarelawan Freedom Flotilla dari beberapa Negara lain dalam satu kapal iaitu MAVI MARMARA yang menyaksikan 9 orang dari mereka telah mati syahid di tangan tentera-tentera Zionis Israel.

Ceramah berbentuk slides presentation.

Program sampingan: Kutipan derma utk rakyat Palestin disalurkan kpd Aqsa Syarif. Jangan lupa bawa ongkosnya. Juga jualan amal oleh Aqsa Syarif dan penerangan ringkas oleh wakil Aqsa Syarif.

Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu ini, insyaAllah.
@@@

Monday, June 21, 2010

Forum Perdana - 23 June 2010


Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Pernec akan menganjurkan Forum Perdana seperti berikut:



  • Tarikh: 23 Jun 2010 (Rabu)

  • Masa : 4.00 Petang – 5.00 petang

  • Tempat: Kantin Syarikat



  • Tajuk Forum Perdana : Hartamu di Dunia, Jariahmu di Akhirat

  • Penceramah Undangan : 1. Ustaz Fauzi Mustafa 2. Ustaz Haslin Ibrahim

  • Pengerusi Forum Perdana: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman


    Temui staf Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kaunter Info bermula jam 12 t.hari – 5.00 petang di Kantin untuk maklumat dan penerangan lanjut.

    Bagi pihak Jawatankuasa Surau Pernec, kami bersyukur kehadrat Ilahi dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengurusan Kanan dan amat berbesar hati menjemput pihak Pengurusan Pernec serta kakitangan –kakitangan Islam ,Pernec KL untuk hadir ke Forum Perdana seperti yang tersebut di atas.

    Kami sudahi dengan ucapan JazakAllahukhairan Kathira, semoga diberkati Allah dan mendapat keampunanNya.

    Salam Bahagia dan Salam Hormat dari:

    S/Usaha J/Kuasa Surau KL
    Amal
    amal@pernec.com.my

Friday, May 28, 2010

Tanyalah Ustaz TV9


Rancangan Tanyalah Ustaz siaran TV9 pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad secara langsung pada pukul 7-8 pagi sangat bermanafaat untuk seisi keluarga. Penyampainya di pilih dan disaring dari barisan Ustaz dan pendakwah berwibawa masakini yang berilmu dan jelas cara penyampaiannya. Tajuk-tajuk yang ditetapkan setiap minggu juga sangat menarik dan relevan. Slot panggilan dari penonton di rumah dan pertanyaan melalui email juga mendapat sambutan hangat. Jom Tanyalah Ustaz !!

Wednesday, May 19, 2010

Ceramah Perdana May 2010


Majlis Ilmu yang penuh manafaat bertamu lagi untuk disahut insan2 yang hauskan secawan ilmu dan amal untuk bekalan menempuh perjalanan dunia. Dengan harapan mendapat petunjuk dan rahmat Allah agar tidak sesat atau melencong ke destinasi yang salah. Iaitu untuk mencapai redha Allah jua. Semoga majlis ilmu ini seperti biasa akan mendapat kunjungan dan perhatian para malaikat Allah yang mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan kepada para hadirin pencinta ilmu Allah. Justru luangkan masa berharga anda. Tandakan di kalendar anda akan temujanji penting ini.
@@@

Wednesday, May 05, 2010

Islam Sebagai Agama Fitrah

Islam adalah agama fitrah yang tidak bertentangan dengan naluri semulajadi kejadian manusia. Segala sesuatu yang dianjur dan ditegah oleh Islam ini adalah kena dan tepat dengan fitrah manusia mengambilkira segala kelemahan dan kekuatan manusia itu. Tidak bercanggah dengan nafsu manusia. Kalau kita tidak faham ajaran Islam itu, maka ia bakal membawa kepada silap faham. Banyak silap faham telah berlaku. Sebab itulah kepentingan menuntut ilmu adalah sangat penting dalam Islam. Supaya kita faham, difahamkan, dan memahami untuk kita memahamkan orang lain pula.

Islam fobia adalah mental block yang memberi gambaran buruk tentang Islam secara stereotype atau menyeluruh, sedangkan Islam fobia ini sepatutnya di ubah kepada positif iaitu kesedaran tentang kecantekan Islam itu sendiri di mata dunia. Kerana Islam itu selari dengan fitrah manusia. Islam menggalakkan perkahwinan kerana naluri manusia ialah memerlukan pasangan, tidak sebagaimana yang di amalkan oleh paderi Kristian atau sami Budha yang di tegah dari memiliki pasangan. Ia sangat menyiksakan kerana ianya sangat bertentangan dengan naluri semulajadi manusia. Akibatnya banyak terjadi kes paderi atau sami yang terlibat dengan perlakuan sex secara sembunyi.


Begitu juga dengan perlakuan sex bebas yang diamalkan secara berleluasa sedangkan Islam sangat menganjurkan perkahwinan dan bagi yang mampu boleh mengambil isteri sehingga 4 orang kerana di sana ada keperluan dari segi naluri dan nafsu manusia itu sendiri.

Allah Maha Pencipta sudah tentu arif dengan sifat-sifat kejadian manusia ini dan menyediakan penyelesaian pada segala permasalahan, termasuklah soal keperluan sex dan kekeluargaan ini. Begitu juga dengan hukum-hakam dan undang-undang, tiada yang lebih baik melainkan yang terkandung dalam kerangka peraturan dan undang-undang Islam. Contohnya sistem yang berasaskan riba yang menjadi standard dunia masakini tetapi di tegah oleh Islam, nyata membawa mudharat sebagaimana terbukti dalam kegawatan ekonomi yang berlaku termasuklah lumpuhnya ekonomi negara besar seperti USA dan UK. Hinggakan sistem perbankan Islam sudah menjadi sistem yang sangat popular kini termasuklah di negara barat sendiri. Di mana pengamal ekonomi sudah nampak kebaikan dan kelebihannya berbanding dengan sistem ekonomi yang berasaskan riba.

Maka benarlah Islam itu agama fitrah, bukan hanya mengajar manusia soal-soal ibadah khas semata tetapi merangkumi lebih jauh iaitu keseluruhan hal-ehwal kehidupan termasuklah soal akhlak, rutin harian, kekeluargaan, muamalat, ekonomi, jenayah, dan politik.
@@@

Tuesday, March 16, 2010

Program Bulan Mac 2010


Menuntut ilmu itu sesuatu yang di syariatkan di dalam Islam. Orang yang berilmu di angkat Allah beberapa darjat berbanding dengan orang lain. Tugasan menuntut ilmu ini adalah berterusan sepanjang hayat bermula dari kecil lagi hinggalah akhir hayat kita. Silaplah kalau kita menghadkan tugas menuntut ilmu ini hanya ketika berada di bangku sekolah sahaja. Cintailah majlis ilmu, kerana di situ ada ilmu yang boleh dipelajari. Para malaikat sentiasa mendoakan rahmat sejahtera kepada para jemaah yang menghadiri majlis-majlis ilmu. Justru marilah kita meluangkan masa dan melapangkan dada untuk menghadiri majlis ilmu dan menuntut ilmu yang disampaikan. Dan panjang-panjangkanlah ilmu yang kita dapat itu dengan berkongsi atau menyampaikannya pula kepada saudara kita yang lain samada secara langsung atau tak langsung, melalui lisan atau tulisan. Semoga usaha kita ini ada manafaatnya dan mendapat nilaian di sisi Allah.

@@@

Thursday, February 04, 2010

Ceramah Perdana - Jan & Feb 2010

Ceramah Perdana - Feb 2010




Ceramah Perdana - Jan 2010





Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...