SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Menyuburkan Hati

Rahmat dan berkat yang dibawa oleh Ramadhan memberi kita peluang untuk menguatkan Iman kita. Ia diibaratkan seperti pendorong yang memberi dorongan kepada mereka yang berusaha untuk mentaati perintah Allah atau ia dilihat sebagai satu peluang bagi mereka yang ingin berubah menjadi hamba-hamba yang taat kepada Allah.

Allah telah menerangkan dengan jelas di sini dalam firman-Nya (Al-Baqarah ayat 183): "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Perkataan bertaqwa membawa erti mereka yang percaya kepada ketauhidan Allah dan yang benar-benar takut kepada Allah. Takut dalam ertikata menjauhkan diri daripada melakukan segala jenis dosa dan amalan-amalan yang dilarang oleh Allah.

Kita semua memang mahu menjadi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mematuhi dan melaksanakan perintah Allah. Tetapi ada kalanya perbuatan kita tidak menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Memandangkan Ramadhan sudah kemabali, mungkin inilah waktunya bagi kita untuk menilai hati kita dan mencari kelemahan dalam diri kita. Hati kita adalah pusat bagi perasaan, emosi, perancangan dan aspirasi, dimana ia boleh memilih untuk mengikut perintah Allah atau sebaliknya. Oleh kerana itu, perkara utama bagi kita ialah menjaga hati kita, sebagaimana firman Allah (Al-Baqarah ayat 225): "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud, tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengajakan (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Diikuti dengan sabda Rasulullah SAW: "Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati."

Justru itu marilah kita ambil peluang yang Allah berikan untuk kita masih mampu berada di bulan Ramadhan tahun ini untuk kita menyuburkan hati kerana Allah. Segala amal soleh yang kita lakukan mestilah niatnya ikhlas semata-mata kerana Allah. Dan kita lakukan sesuatu amalan ibadah mengikut cara yang yang di lakukan oleh Rasulullah SAW.

@@@

Sunday, August 16, 2009

Ceramah Perdana Bulan Ogos 2009

Program: Ceramah Perdana Bulan Ogos 2009
Tajuk: Ramadhan Membina Ketaqwaan
Penceramah: Ustaz Che Amran Mohd Yusoff
Tarikh: Khamis 20 Ogos
Masa: 4 - 5 petang
Lokasi: Kantin Pernec

Tuan2 & Puan2 dijemput hadir beramai2 ke majlis ilmu ini, InsyaAllah.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubaraq maka kita hayatilah ibadah ini untuk bukan sekadar ikut2an atau adat semata2 tetapi menjalaninya dengan iman dan keyakinan akan perintah Allah untuk mencapai redha Allah dan mencapai matlamat pembinaan seorang insan yang bertaqwa.

Setiap tahun umat Islam diseluruh dunia menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan walaupun niat masing2 berbeza. Ada yang seronok kerana juadahnya, ada yang gembira kerana rayanya, ada yang melihatnya dari segi kesihatannya. Maka yang benarnya ibadah puasa mestilah dilakukan kerana ianya perintah Allah. Perbetulkan nawaitu kerana Allah.

Persiapan sebelum Ramadhan:
  • Bertaubat dengan hati yang ikhlas
  • Menggantikan puasa wajib yang ditinggalkan
  • Mempelajari ilmu tentang Ramadhan
  • Jauhkan aktiviti2 yang menghalang amalan kita

Kenapa Ramadhan itu istimewa?
  • Menyuburkan hati
  • Membawa kita mendekati Al Qur'an
  • Melebihkan solat2 sunat
  • Kelebihan bersahur
  • I'tikaf
  • Ganjaran yang besar
  • Lailatul Qadr
  • Mengingati hari kepulangan kita
  • Menolong mengawal keinginan nafsu
Perbanyakkan amalan baik di Ramadhan ini kerana Iman akan meningkat dengan amalan baik dan ia akan menurun dengan amalan buruk. Di syorkan untuk seluruh ahli keluarga saling bantu membantu dan bekerjasama untuk menggalakkan dan memperbanyakkan amalan2 soleh.

Kita berdoa dan berharap agar amalan kita diterima oleh-Nya. Kita memohon kehadrat Ilahi agar mengampunkan dosa2 kita dan menerima puasa kita dan menunjukkan kita jalan yang benar hingga ke akhir hayat.

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...