SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Saturday, December 26, 2009

Doa Iftitah

Solat itu tiang agama. Setakat mana mutu solat kita? Ibarat tiang pada binaan, jika mutu tiang tidak begitu elok maka kemungkinan binaan itu tidak kukuh atau mungkin boleh runtuh. Maka solat yang ada kualiti adalah pra syarat kepada kekukuhan agama dalam dada.

Jadi menjadi tanggung-jawab dan tugas kitalah untuk berusaha secara sungguh2 untuk mempertingkatkan kualiti solat kita itu dari sehari ke sehari. Segala rukun solat di beri perhatian dan di laksanakan dengan penuh penghayatan.


Satu lagi langkah penting ialah untuk memahami erti bacaan dalam solat kita. Dengan memahami apa yang kita ungkapkan iaitu dialog yang tersurat sepanjang pendirian solat itu akan meningkatkan kualiti solat kita. Sesungguhnya segala pengucapan kita dalam solat itu sangat indah maknanya dalam penghambaan dan pengharapan kita pada Pencipta.

Doa iftitah umpamanya sungguh terkesan kalau kita betul2 menghayatinya.

  • Allah Maha Besar (Kekuasaannya)
  • Segala puji dan pujian bagi Allah
  • Maha suci Allah pada setiap pagi dan petang
  • Saya hadapkan wajah saya kepada Allah pencipta langit dan bumi
  • Dengan keadaan cenderong kepada kebenaran, menyerah dan taat
  • Dan saya tidaklah dari golongan musyrikin
  • Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah semuanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam
  • Tidak ada sekutu bagiNya
  • Begitulah saya perintahkan (oleh Tuhan)
  • Dan adalah saya dari golongan orang yang menyerah dan taat setia kepada Allah.

Dengan memahami erti bacaan itu tadi, maka ia boleh mendatangkan khusyuk di dalam sembahyang dan benar2 taat setia kepada Ilahi dengan tidak ada terniat untuk menunjuk-nunjukkan amalannya.

@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...