SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Monday, May 25, 2009

Ceramah Perdana Bulan Mei 2009

Tarikh : 20 Mei 2009 (RABU)

Masa : 4.-00ptg - 5.00 ptg

Tempat : Kantin Pernec

Penceramah : Dr Zulkifli Muhammad AlBakri dari Universiti Sains Islam M’sia, Nilai NS

Tajuk : Ancaman Sekularisma terhadap Aqidah Umat Islam


Alhamdulillah ceramah perdana pada bulan Mei 2009 telah selamat dilangsungkan pada minggu lepas. Antara intipatinya ialah ancaman Sekularisma ini ialah fahaman bahawa berlakunya pemisahan antara kehidupan dan agama. Seolahnya agama itu untuk di rumah atau di masjid semata manakala soal pimpinan adalah tanggungjawab pemimpin. Fahaman sekularisma ini muncul di zaman kristian dulu lagi dimana agama hanya di gereja sahaja.

Kamal At Tartuk menyemarakkan pemahaman ini setelah jatuhnya Kerajaan Uthmaniah kerananya baginya selagi mana umat Islam berpegang pada Al Qur'an maka mereka tidak akan dikalahkan. Beliau memperkenalkan Turki untuk Turki dengan pengasingan dari negara Arab, azan dalam bahasa Turki, dan melarang wanita dari memakai tudung.

Secularism is the assertion that governmental practices or institutions should exist separately from religion and/or religious beliefs. In one sense, secularism may assert the right to be free from religious rule and teachings, and freedom from the government imposition of religion upon the people, within a state that is neutral on matters of belief, and gives no state privileges or subsidies to religions. In another sense, it refers to the view that human activities and decisions, especially political ones, should be based on evidence and fact unbiased by religious influence.

Umat Islam itu mundur kerana penyakit syahwat dan penyakit syubahah iaitu penyakit tidak yakin pada Allah. Umat Islam di serang oleh serangan pemikiran. Sekularisma ini adalah jalan yang paling senang menuju murtad. Ajaran sesat yang nyata. Sedangkan Islam itu adalah sebuah agama yang sempurna tiada ubahsuai, dalam semua keadaan dan ketika Islam ada jawabannya. Orang kafir berputus asa melihat Islam yang sempurna. Islam itu sempurna dimana Allah telah lengkapkan nikmat-Nya dan Allah kurniakan keredhaan-Nya.

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...