SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Monday, March 23, 2009

Majlis Ilmu - Mac 2009

Ceramah Perdana akan diadakan pada 25hb Mac (Rabu) bermula jam 4.00 ptg di Kantin bersama–sama Dr Azhar Yaacob dari Universiti Antarabangsa Al Madinah dgn tajuk Penghayatan Sirah Rasulullah SAW dalam konteks hari ini. Semoga dapatlah sama-sama kita meluangkan masa untuk menghadirinya. Jazakallah.

Saturday, March 07, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali shalawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali shalawat tadi.

Semoga tarikh kelahiran Rasulullah iaitu 12 rabiulawal tahun ini kita sambut sebagai memperingati diri kita akan perjuangan Rasulullah menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Tahun ini merupakan tahun 1430 Hijrah, yang membawa erti sudah 1430 tahun peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah itu berlalu. Sayugia di ingat bahawa ketika peristiwa hijrah ini berlaku, Rasulullah sudah berdakwah di Mekah selama 13 tahun mengajak umat kepada sebuah aqidah yang satu untuk mentauhidkan Allah yang Esa. Rasulullah mendidik umat manusia untuk sebuah akhlak yang mulia di sisi Allah.

Tahun penghijrahan itu adalah tahun ke 13 kerasulannya. Kita sedia maklum bahawa Rasulullah telah dilantik menjadi Rasul diusia baginda 40 tahun. Setelah berdakwah selama 13 tahun itu, usia Rasulullah ketika berhijrah ke kota Madinah ialah sekitar 53 tahun. Makanya hari ini 1430 Hijrah merupakan ulangtahun kelahiran yang ke 1483 tahun (1430 + 53) usia baginda, mengikut pengiraan tahun Hijrah, kurang sedikit jika mengikut pengiraan tahun masihi.

Rasulullah terus berdakwah selama 10 tahun lagi sehinggalah kewafatan baginda diusia 63 tahun. Hasil dari seruan dakwah Rasulullah inilah berjaya melahirkan 1/3 dari umat dunia kini di dalam lingkungan agama Islam ini. Betapa besarnya impak kepimpinan baginda sehingga berjaya merobah struktur dunia dengan membawa manusia ke jalan kebenaran, jalan yang lurus untuk menuju redha Allah. Maka menjadi tanggung-jawab kita semua kini, yang mengaku umat Baginda, untuk terus menyebarkan dakwah agama suci ini keseluruh pelusuk dunia ini.

Dalam era globalisasi ini pelbagai corak dakwah boleh kita ambil, termasuklah melalui blog, email, tabligh, facebook, youtube, myspace dan pelbagai bentuk komunikasi yang lain samada di sekolah, di pejabat atau di urusan harian yang lain. Yang penting kongsi2kan untuk mengajak umat manusia kepada agama Islam. Usaha dakwah itu adalah sebuah proses yang panjang. Dan mencetus seseorang untuk berfikir tentang Allah dan apa yang dibawa oleh RasulNya itu adalah permulaan sebuah proses dakwah. Semoga dihujung proses tadi ada hidayah Allah menanti, insyaAllah.

Selamat menyambut Mulidur Rasul dan memperbaharui nawaitu dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan istiqamah dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amiiin.

@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...