SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Friday, February 15, 2013

Diabetes Mellitus


Diabetes Mellitus atau Kencing Manis adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Diabetes berlaku pabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam tisu dan sel, di mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar.

Pabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa masuk ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua keadaan sering dialami oleh pengidap Diabetes Mellitus iaitu Hipoglysemia & Hyperglysemia.

Hipoglysemia ialah pabila paras gula/glukosa dalam darah adalah rendah daripada yang sepatutnya. Tanda-tandanya ialah lemah, lapar, berpeluh, pucat, pening, menggeletar, pucat berdebar-debar, rasa gelisah tidak tentu arah, atau koma tidak sedarkan diri.

Cara mengatasi Hipoglysemia ialah secara amnya glukosa perlu diambil untuk menghilangkan tanda-tanda hypoglysemia. Makanan berikut boleh diambil iaitu:

  1. Setengah cawan atau 4 auns jus buah-buahan
  2. Setengah cawan atau 4 auns minuman ringan bukan diet
  3. Satu cawan atau 8 auns susu
  4. Lima atau enam biji gula-gula
  5. Satu sudu besar gula atau madu
Tanda-tanda Hiperglysemia pula ialah kerap kencing, sangat dahaga, loya, penglihatan kabur dan suka kepada makanan dan minuman.

Cara mengawal Diabetes Mellitus ialah:
  1. Kurangkan makanan karbohidrat dan gula supaya kadar kalori dalam sehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan berkenaan cara diet untuk diabetes terperinci.
  2. Lakukan senaman atau aktiviti riadah yang dapat meningkatkan kecergasan, membakar kalori, merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  3. Kekalkan berat badan yang unggul kerana masalah obesiti berkait rapat dengan Diabetes Mellitus.
  4. Sasarkan paras gula pada bacaan 4.4 - 6.1 mmo/L (masa berpuasa) atau 4.4 - 8.0 mmo/L (selepas dua jam mengambil makanan).
  5. Menjaga rapi anggota kaki dan tangan untuk mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45% hingga 85%.

Renung-renungkan dan selamat beramal !!

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...