SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Wednesday, March 26, 2014

Rasulullah SAW Ikutan Terbaik

Alhamdulillah seramai 26 muslim dan 43 muslimat warga Pernec telah dipilih Allah untuk duduk hadir pada majlis ilmu program bulanan Ceramah Perdana yang berlangsung di kantin syarikat semalam pimpinan Ustaz Mohd Rozalie Bin Zahari al-Hafiz, seorang pendakwah bebas berkelulusan Universiti al-Azhar Mesir. Tajuk ceramah ialah Kemuliaan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW adalah ikutan terbaik yang mengajar manusia jadi baik di sisi Allah. Rasulullah SAW mengajar manusia dalam ibadah khususan seperti syahadah, solat, puasa, zakat, dan haji. Rasulullah SAW juga mengajar kita ibadah umumi iaitu merangkumi seluruh aktiviti kehidupan ini selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat Allah. Dan tentunya segala perlakuan ini hendaklah nawaitu ikhlas kerana Allah yang bisa menjana nialaian di sisi Allah.

Pabila nak ikut cakap Rasulullah SAW maka mestilah mengenali siapa Rasulullah? Rasulullah SAW yang di beri gelaran Habibullah iaitu Kekasih Allah oleh Allah SWT, yang ditinggikan martabat dan darjatnya melebihi seluruh makhluk ciptaan-Nya. Begitu istimewa kedudukan dan kemuliaan Rasulullah di sisi Allah. 

Pada setiap selawat kepada Rasulullah SAW yang kita lafazkan maka Allah SWT akan mengurniakan 10 selawat kepada Baginda. Betapa mulianya Rasullah SAW di sisi Allah SWT.

Maka sangat sadis dan celakalah kalau ada kelompok manusia yang mempertikaikan kemuliaan Rasulullah SAW dengan tidak mahu berpegang kepada sunnah dan hadis malah sanggup menghina Rasulullah SAW. Manusia yang beriktikad menolak Rasulullah SAW tanpa ragu maka dia sebenarnya sudah jatuh kafir tanpa ragu lagi. Jika dia ini tidak sempat bertaubat kepada Allah maka jelas tempatnya dalam siksaan api neraka Allah.

Ahli kitab pada sebelum kedatangan Rasulullah SAW sangat mengenal Rasulullah SAW seumpama mengenal anak maereka sendiri. Tapi kenapa mereka tetap tidak mahu beriman kepada Rasulullah SAW? Kerana menjaga kepentingan diri, kerna ego dan pelabagai asbab. 

Ada satu riwayat, seoarang Raja berhajat untuk beriman kepada Rasulullah SAW lalu menganjurkannya kepada rakyat jelata untuk menguji sambutan mereka. Namun pabila mendapat respon yang dingin maka Raja pun terpaksa membatalkan hajatnya untuk beriman kepada Rasulullah SAW tadi. Kerana apa? Demi menjaga takhta dan kedudukan duniawi. Takut nanti tidak mendapat sokongan rakyat jelata lagi hingga terpaksa digulingkan untuk turun takhta.

Jika kita boleh mengenal anak kita, maka kenapa tidak dapat kenal Rasulullah yang membawa agama Islam kepada manusia seluruhnya? Sesungguhnya pabila kamu mencintai makhluk atau barangan yang lain melebihi cinta kamu kepada Allah dan Rasul, maka tunggulah bala Allah yang bakal menimpa kamu.

Kecintaan kepada Rasulullah dan segala kemuliaannya ialah dengan menzahirkan kecintaan itu iaitu mengamalkan segala ajaran dan sunnah Rasulullah SAW tanpa tangguh dan ragu lagi. Antara sunnah Rasulullah yang utama ialah mendirikan solat2 fardu di awal waktu secara berjemaah di masjid.

Sebagai konklusi kemuliaan Rasulullah SAW menjadi pencetus minda, penjana iman dan gerak amalan di landasan yang lurus menuju redha Allah. Zahirkan kecintaan kepada Rasulullah dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam cara hidup kita 24 jam sehari semalam sepanjang sisa hayat yang masih Allah pinjamkan ini. Semoga kita dapat hidup bukan sekadar di dunia malah yang lebih utama hidup bahagia yang berkekalan di Akhirat nanti.

@@@












Monday, March 24, 2014

Ceramah Perdana - Mac 2014

Di Jemput Seluruh Warga Pernec Sekelian
Hadir Ke Majlis Ilmu Taman2 Syurga Ini
Semoga Keberadaan Kita Di Sini Menjadi
Saksi Kecintaan Kita Mencari Redha Allah

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...