SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, May 14, 2013

Giatkan Amal Soleh di Bulan Rejab

Teruskan Amal Soleh
Di Bulan Rejab Yang Mulia Ini

Hari ini sudah masuk 5 Rejab. Sudah puasa sunat bulan Rejab? Sudah tambahkan amal soleh? Zikrullah, bersedekah, berselawat, beristighfar, solat malam, sedekah senyuman, berbuat kebaikan dan kebajikan? Apa pun tanam azam kita untuk sama2 melakukan amal soleh. Bulan Rejab ialah bulan pertama dalam tiga serangkai mendahului Syaaban untuk kita sama2 menuju ketibaan bulan mulia penuh barokah Ramadan al-Mubarak.

Jangan leka daripada mengingati Allah. Segala urusan akan kembali kepada Allah. Segala ketentuan milik Allah. Alangkah mulia seseorang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Dikala orang tidur dia banyak solat. Dikala orang lalai dia banyak ingat. Dikala orang kedekut dia banyak bersedekah. Ibadah yang sempurna bukan sekadar badaniah tetapi merangkumi ruhaniah. Amalan harian seperti wirid dan zikir boleh di qada jika terlupa.

Di dunia kita sudah bina rumah kediaman, kita sudah miliki rumah yang akan kita tinggalkan. Di akhirat sudahkah kita bina rumah? Kena bina rumah kediaman di akhirat yang kekal abadi dengan memperbanyakkan amal soleh. 

Dengan banyak solat kita akan sihat jasmani dan ruhani. Imam Abu Hanifah solat subuh dengan wudhuk solat isyaknya selama 40 tahun. Dengan bersungguh dalam beramal akan datang nur hidayah. Sibukkan malam dengan mengaji Qur'an dan sibukkan siang dengan mengamalkannya.

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah maka Allah akan menggantikan yang lebih baik kepadanya. Teruskan amal soleh kita di bulan Rejab yang mulia ini, bukan latihan dan tarbiyah untuk menuju Syaaban dan kemuncaknya Ramadan nanti. 

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...