SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul


Alhamdulillah pada 12 Rabiulawal umat Islam seluruhnya menyambut Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW. Pada tahun ini iaitu 1432 Hijriah, genaplah 1485 tahun usia Baginda. Rasulullah adalah manusia terhebat dan teragung sepanjang zaman. Maka sewajarnyalah aura dan kemegahan untuk kita menyambut tarikh keramat ini menjadi kesungguhan semua. Kita lahirkan kesyukuran kita dengan berselawat, menghayati sirah, seterusnya mengamalkan sunnahnya. Usahlah kita bermegah dengan pelbagai sambutan hari2 penting lain tetapi pada masa yang sama kita tidak ambil kisah hari keputeraan Baginda. Jangan kufur nikmat.


Kita bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjadi salah anggota umat Nabi Muhammad SAW. Kita adalah antara yang berpeluang untuk mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak, diketika mana tiada lagi yang mampu membantu kita dari keazaban dan kesengsaraan bakaran api neraka Allah. Maka marilah kita sama2 muhasabah dan insaf untuk bergerak menjadi manusia yang bersyukur, alim, dan faham agama. Semoga kita semua selamat dan berbahagia bukan sahaja di dunia yang sementara malah lebih2 lagi di akhirat yang kekal abadi.


Sempena dengan itu pihak AJK Surau Pernec akan menganjurkan Ceramah Perdana Maulidur RAsul pada hari Rabu 23/2/11 pada jam 4:00-5:15ptg bertempat di D'Cafe PERNEC. Sila tandakan di kalendar dan handset masing2 untuk tidak terlepas peluang berada di majlis ilmu ini yang akan di sampaikan oleg seorang penceramah muda lulusan Syariah dari Universiti Al Azhar Mesir iaitu Al Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al Joofre dengan tema Rasulullah Idola Umat Dulu Kini dan Selamanya.


Dari Anas RA , dari Nabi SAW , bahawasanya Baginda SAW bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan segenap umat manusia."


@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...