SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Wednesday, January 29, 2014

Tazkirah Pagi


Alhamdulillah siri tazkirah pagi harian di keudarakan lagi di PA System Pernec bagi manfaat warga Pernec sekelian setelah sekian lama berehat. Format penyampaian kali ini bermula dengan sedikit Intro, kemudian tazkirah samada dalam bentuk bacaan kitab atau secara memainkan rekoding, dan diakhiri dengan bacaan doa. 

Waktunya dianjakkan sedikit untuk bermula pada pukul 8:45am. Dulu ianya bermula pada pukul 8:30am. Durasi siaran ialah selama 15 minit iaitu sehingga pukul 9:00am. Tujuannya ialah supaya para penyampai dapat bertenang dan tidaklah terkejar-kejar bagi penyampaian, maklumlah ramai yang sampai ke ofis ngam2 pukul 8:30am. 

Tujuan kedua ialah supaya dapat mencapai jumlah odion daripada kalangan warga Pernec sekelian dengan jumlah yang lebih meluas kerana kita jangkakan semua warga Pernec telah selesai menikmati sarapan pagi di Kantin syarikat dan sudah kembali ke ofis masing2.

Tahun baru 2014 kita telah mendapat seorang MD yang baru iaitu En Dzulkifli Muhamad. Sesuai dengan misi baru kepimpinan tertinggi syarikat ini maka pada pertemuan dengan MD pada petang 23/1/14 yang lalu telah membuka jalan seluasnya untuk kita melaksanakan kembali program2 ruhani bersifat pengisian ilmu pada sepanjang tahun 2014 ini. Perlu disebutkan di sini bahawa tahun 2013 yang lalu, siri pengisian ilmu memenag terhenti langsung atas beberapa sebab dan musabab, secara langsung ataupun tidak langsung. 

Yang lepas usah dikenang lagi. Kita sama2 pandang ke depan. Perjalanan masih jauh. Destinasi akhir kita ialah Akhirat. Maka kita kena bijak mengatur urusan dunia ini supaya hasilnya nanti bukan sekadar dapat dikecapi semasa keberadaan kita di dunia tetapi mestilah menjangkau lebih jauh daripada itu iaitu ke alam kubur, alam mahsyar, dan alam Akhirat yang kekal abadi itu.

Atas semangat itulah pihak AJK surau terus mengadakan perbincangan pada petang Jumaat 24/1/14 dan berjaya mencapai kata sepakat kepada beberapa agenda utama. Antaranya kita mestilah membuat satu perancangan menyeluruh dalam bentuk kertas kerja dan budget untuk di utarakan dan mendapat kelulusan daripada MD sendiri. 

Mengambil kira kedudukan kewangan syarikat yang masih negatif, maka pendekatan berjimat cermat wajar di ambil kira. Maka kita rasa andainya jika tidak mampu melaksanakan semua perancangan program2 ilmu kita maka jangan ditinggal semua sebagaimana yang berlaku pada tahaun 2013 itu tetapi laksanakanlah juga walaupun sebahagian.

MD juga menyatakan hasratnya supaya program2 yang dirancangkan ini dapat menarik jumlah odion dan penyertaan daripada kalangan warga Pernec sekelian dengan jumlah angka yang lebih besar daripada sebelum ini memandangkan kita menggunakan wang syarikat. Maka MD sangat berharap program sebegini dapat di manfaaatkan dengan lebih menyeluruh. Antara program yang kita setujui ialah Tazkirah Pagi harian, Kuliah Zohor mingguan & Ceramah Perdana bulanan.

Untuk program awal, Alhamdulillah bermula pada hari Isnin 27/1/14 kita pun telah merasmikan semula siri tazkirah pagi kita dengan kick-off daripada al-Fadil Tn Pengerusi Surau Pernec iaitu Hj Hussen Mohd Kari dengan sebuah topik yang sungguh relevan iaitu berkaitan dengan kerja sebagai ibadah dan setiap amal itu bermula dengan niat. 

Seterusnya pada hari Selasa 28/1/14, Sdra Hisham AR memberi tazkirah bertajuk "Kejar Dunia Untuk Akhirat" yang dipetik daripada Kitab "Tundukkan Hati, Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana" hasil karya TGNA & Annual Bakri Haron. 

Tazkirah pagi pada hari Rabu 29/1/14 pula di sampaikan oleh Sdra Nor Hisham Zainuddin yang membaca petikan di m/s 50-53 daripada Kitab "Indahnya Hidup Bersyariat" karya Dato' Ismail Kamus. Topik yang dibawa adalah berkisar perkara2 mazmumah yang perlu dijauhi oleh kita semua demi mencari redha Allah. 

Tazkirah pada hari Khamis 30/1/14 pula disampaikan oleh Sdra Ashroff Ibrahim yang membawa petikan sebuah kitab karya Imam Ghazali perihal nasihat kepada anak. Nasihat pertama yang diberikan kepada anak2 muda ialah waktu itu adalah kehidupan. Maka janganlah masa itu dibuang atau dibazirkan begitu saja kerana ia seumpama membuang sebuah kehidupan sebenarnya. 

Masa yang berlalu sudah tidak dapat ditebus kembali walaupun dengan harta yang bertimbun. Sebagai tambahan Sdra Ashroff juga mengajak kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah. Sunnah yang beliau sampaikan pada pagi itu untuk kita sama2 amalkan ialah: Bila makan atau minum, gunakan tangan kanan.

Jadual penyampaian tazkirah pada setiap pagi Jumaat pula di amanahkan kepada Hj Dashuki bagi minggu 1 & 3 manakala Hj Hisham Hamzah pula dijadualkan penyampaiannya pada Jumaat minggu ke-2 & ke-4. 

Maka lengkapkanlah jadual Tazkirah Pagi harian kita. Semoga Allah memberi kekuatan kepada para penyampainya untuk istiqamah dalam satu lagi amal soleh ini. Sesungguhnya tazkirah itu ialah penyampaian peringatan dan nasihat kepada perkara2 yang mungkin kita sudah tahu tetapi lupa. 

Bagi program Ceramah Perdana sulong kita bagi tahun ini, in shaa Allah kita sudah mendapat slot pada hari Rabu 29/1/14 pukul 4:00-5:30ptg ini dengan penceramah jemputannya ialah Ustaz Yusri Ariffin dengan tajuk yang dipilih "Kerja Sebagai Ibadah." 

Poster-poster dan hebahan melalui papan2 kenyataan, blog dan intranet akan di lakukan dalam sedikit masa lagi. Di jemput seluruh warga Pernac sekelian untuk mengambil bahagian dalam program Ceramah Perdana ini demi pengisian ruhani kita. 

Kalau selama ini kita hanya menitik beratkan penjagaan jasad hinggakan sihat walafiat, maka sudah tiba masanya untuk beri perhatian kepada satu lagi entiti iaitu ruhani kita. Barulah sihat dan kuat kita itu bukan sekadar jasad tetapi juga batin dan ruhani.

@@@

Thursday, January 23, 2014

Kompentensi





Ada Orang Bijak Cakap
Dalam Kerja Kita Ni
Hanya 20% Technical Competencies
Tapi 80% Sikap Atau Emotional Competencies Yang Diperlukan

Don't Worry Ramai Yg Konpius
Namun Semarakkan Sikap Positif
Untuk Padamkan Segala Api Kegusaran Itu

Acap Kita Rasa Problem Aku Ini Sangat Berat
Namun Percayalah Ia Problem Kecik Saja
Kalau Nak Bandinglan Dengan Problem Yang Lebih Besar Di Luar Sana

Bergantung Harap Bukan Pada Makhluk
Tapi Bergantung Haraplah Pada Pencipta Makhluk
Setiap Sesuatu Ada Hikmahnya 

Banyakkan Syukur Pada Segala Nikmat
Banyakkan Sabar Pada Setiap Ujian
Dan Banyakkan Redha Pada Setiap Ketentuan Allah.

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...