SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, July 21, 2009

Jom Solat !!

Pada tazkirah pagi ini di corong sistem PA syarikat di sambung dengan bacaan Kitab Fadhilat Solat siri faddhailul aamal karya Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi perihal kepentingan ibadah solat sebagai tonggak ibadah dalam Islam.

Hadith 9: Abu Qatadah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
"Allah berfirman: 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu. Aku telah berjanji dengan diri-Ku barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah termasuk dalam perjanjian ini."

Sesungguhnya solat adalah satu ibadah yang tidak ternilai harganya. Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan Allah SWT memasuki syurga-Nya. Kita merasa puas hati dan gembira apabila seseorang yang terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintahan memberikan jaminan pada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya.

Di sini, Allah SWT memberikan jaminan-Nya untuk kebahagiaan yang abadi sesudah mati kerana solat lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama mana pun.

Kalau dengan ini pun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang seharusnya dipersalahkan bagi menerima siksa yang akan menanti kita. Janganlah jadi bodoh di depan Allah walaupun tampak cerdik dan bijak di depan manusia. Diri sendiri yang rugi. Menyesal kemudian tiada guna. Harta berbillion tidak akan di bawa ke lubang kubur.

Tepuk Dada Tanya Iman !!

@@

Ceramah Perdana Bulan July 2009

Penceramah: USTAZ ZAMEREY ABD RAZAK (Asian Finance Bank Bhd)
Tarikh: Rabu 29 Julai 2009
Masa: 4:00 - 5:00 ptg
Lokasi: Kantin Pernec
Topik: Muamalat Islam

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...