SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Monday, September 07, 2009

Tazkirah MD

Setiap bulan diadakan perhimpunan (assembly) pekerja di medan Riverside Building untuk MD menyampaikan amanatnya. MD membahagikan ucapannya kepada dua bahagian iaitu lebihkurang 15 minit untuk menyampaikan tazkirah perihal agama dalam kehidupan dan 15 minit lagi untuk berkongsi permasalahan dan perkembangan syarikat.

MD yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini, mengingatkan kita semua betapa beruntungnya kita masih dipanjangkan usia untuk terus berada di bulan Ramadhan yang banyak kelebihannya ini. Betapa ramai yang lain sudah pergi meninggalkan dunia seperti Ust Asri Rabanni dan Prof Ismail Md Salleh. MD memotivasi kita supaya mencontohi Prof Ismail yg buta penglihatan tapi masih mampu mencapai tahap tertinggi dalam pencarian ilmu. Ajal maut juga boleh muncul bila2 masa tidak kira usia. Justru kita mestilah sentiasa berhati2 dalam manjalani kehidupan supaya kekal dalam redha Allah.


Di bulan Ramadhan ini MD mengingatkan kita semua supaya sentiasa bersabar dan untuk ketua2 jabatan juga supaya cool & steady. Dalam setiap usaha seperti menyertai tender atau menjalankan projek, jangan lupa untuk berdoa memohon pertolongan Allah disamping berusaha yang terbaik. MD memberi sebuah formula S=E+P iaitu Success=Effort+Prayer. InsyaAllah target untuk mencapai jumlah pendapatan RM400 juta bagi tahun ini akan tercapai jua.


MD juga menyampaikan satu analisa yg agak menarik iaitu jika kita mengira masa yang kita jalani untuk mengerjakan ibadah solat fardhu lima kali sehari semalam itu ialah lebih kurang 60 minit atau satu jam. Jika setahun lebihkurang 360 jam. Kalau dilihat ibadah puasa pula kita jalani lebihkurang 13 jam sehari sepanjang 30 hari bulan Ramadhan ini, iaitu 390 jam setahun. Rupanya dalam kedua-dua amalan fardhu ini, secara kasarnya masa yang lebih kita peruntukkan untuk ibadah puasa sebenarnya berbanding ibadah solat. Ini tidaklah termasuk amalan2 sunat. Dan Allah telah menyatakan bahawa pahala ibadah puasa ini adalah secara langsung dari-Nya.


Semalam juga kita sudah melalui Nuzul Qur'an yang mengingatkan kita tentang penurunan Al Qur'an sebagai mukjizat yang kekal hingga selamanya. MD dalam tazkirah2 yg lepas juga selalu mengingati para pekerja untuk membaca Al Qur'an dan menghayati 'reveal knowledge' atau ilmu ghaib yg terkandung di dalamnya. Al Qur'an juga mempunyai cerita2 dan pelbagai cabang ilmu termasuklah ilmu sains. Dan akhir sekali ialah berkenaan hukum halal haram. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama2 membaca Al Qur'an, menggali segala rahsia dan memahami isi kandungannya. Kita berdoa ke hadrat Allah agar di beri lagi kita peluang untuk menjalani ibadah di baki 12 hari lagi Ramadhan tahun ini dan dipanjangkan usia kita agar dapat lagi bertemu Ramadhan di tahun hadapan pula.


Akhirnya MD menjemput semua warga Pernec ke rumahnya di musim hari raya nanti. Beliau berkata bahawa pintu rumahnya sentiasa terbuka dan tidak ada hari 'open house' khusus, jadi sesiapa yang hendak datang dipersilakan anytime supaya lebih mesra. Program perjumpaan bulanan dengan MD bersurai dengan berlatar belakangkan lagu Dendang Perantau nyanyian arwah P.Ramlee yang tidak gagal mengembalikan nostalgia suasana raya. Namun yang lebih penting jangan lara dengan dendangan raya hingga terlepas segala incentive yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan untuk kita semua.


Be smart !! Grab all the offer within the last 12 days, especially Lailatul Qadar.


@@@

Tuesday, September 01, 2009

Bulan Kesabaran

Dalam tazkirah pagi ini telah disentuh perihal bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan kesabaran. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kekurangan pahala puasanya. Sabda Rasulullah SAW: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."

Sabar boleh dibahagi kepada tiga:

1. Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
2. Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
3. Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.

Kesemua jenis sabar ini terangkum dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa.

@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...