SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Wednesday, December 29, 2010

Jariah Buat Gaza

Alhamdulillah, walaupun ramai warga Pernec yg tengah bercuti skrg, namun kehadiran semasa Ceramah diadakan semalam agak baik dan berhubung dgn kutipan derma utk Tabung Bantuan Rakyat Palestin yg dilancarkan , kita telah berjaya mengutip sebanyak RM 958.00 sehingga ke pagi tadi dan wang tunai tersebut telah pun diserahkan kpd wakil Aqsa Syarif iaitu Hj Mohd Yusof Ahmad. Jazakallah - Viva Gaza !!



Sekiranya ada sesiapa lagi yg berhajat utk menyumbang , mereka boleh berbuat demikian dgn :-

Akaun utk sumbangan


NO AKAUN MAYBANK

55-1575-004-299 (AQSA SYARIF BERHAD)


Bantulah rakyat GAZA untuk bantu kita, umat Islam untuk membebaskan bumi Palestin dan memberi kemenangan kepada Islam sebagaimana janji Allah. Semoga di depan Allah nanti ada jawaban yang boleh kita beri.


@@@

Wednesday, December 22, 2010

Bumi Jihad GAZA

Ceramah Perdana December 2010
D'Cafe PERNEC


Alhamdulillah pihak AJK Surau Pernec akan menganjurkan Ceramah Perdana bagi bulan December sebagai penutup tirai tahun 2010 dengan sebuah perkongsian pengalaman dan visi perihal Bumi Jihad Gaza dengan penceramah undangan iaitu Hj Norazmi Talib. Beliau adalah seorang ushawan, bekas pensyarah UPM dan merupakan salah seorang dari 14 sukarelawan dari Aqsa Sarif yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu VP5 atau Viva Palestina 5 pada bulan Oktober yang lalu.

Ceramah Perdana kali ini akan di penuhi dengan perkongsian pengalaman, travelodge, slide shows, video clips dan juga kutipan amal bagi dana bantuan untuk rakyat Palestin terutamanya beberapa projek khusus yang telah dikenal pasti pada misi VP5 itu. Semua warga Pernec sekelian adalah di jemput hadir dan jangan lupa untuk mencatat dalam handphone dan calender masing-masing tarikh Rabu 29 Dec 2010 jama 4:00-5:15ptg supaya tidak terlepas pandang program Ceramah Perdana pada kali ini yang juga penutup bagi tahun 2010.

Berikut kita paparkan di sini petikan dari blog Aqsa Sarif buat perkongsian bersama perihal maklumat terkini tentang Palestin dan program-progaram yang diadakan.

Ketika relawan Aqsa Syarif di Gaza di dalam misi konvoi kemanusiaan jalan darat akhir bulan Oktober lalu, para relawan berpeluang melawat projek-projek tajaan rakyat Malaysia yang disumbang melalui tabung Aqsa Syarif. Selain dari itu, relawan Aqsa telah dibawa para NGO yang aktif di Gaza membantu rakyat membangun semula kehidupan rakyat semenjak serangan besar-besaran Israel 2008 dan beberapa serangan berterusan semanjak 2006 serta sekatan oleh rejim Israel terhadap gaza.

Rakyat dan kerajaan Gaza telah menghadapi kemerosotan ekonomi dan pembangunan sehingga ke peringkat keluarga dan individu. Peningkatan penganggguran sehingga 55% dan kebergantungan bantuan oleh rakyat mencecah 75% menjadikan permintaan bantuan untuk pelbagai institusi di dalam masyarakat menjadi semakin kritikal.Lawatan relawan A2G di beberapa penempatan termasuk di Betlahiya dan Jabalia (utara Gaza), Hospital Rantissi dan Islamic University (Gaza City) dan Khanyounis (Selatan Gaza) mendedahkan keadaan sebenar Gaza yang sangat-sangat memerlukan bantuan luar untuk membangun semula sosio-ekonomi di Gaza.

Relawan AQSA berkesempatan mengadakan perbincangan dengan 10 kumpulan NGO yang aktif di dalam kerja-kerja banguan kemasyarakatan di Gaza. Relawan AQSA juga berpeluang mengadakan perbincangan dengan Dato' Bandar Jabalia al-Nazlah serta dengan pengarah Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi dan pegawai di University Islam Gaza. Melalui lawatan-lawatan dan perbincangan yang dijalankan di Gaza, lebih 30 projek-projek dicadangkan untuk pertimbangan relawan Aqsa Syarif.

Sekembalinya ke Malaysia, relawan Aqsa Syarif telah mengadakan bengkel dan telah mengenalpasti enam (6) projek paling kritikal dan munasabah untuk diberikan keutamaan di dalam misi membantu rakyat Gaza dengan anggaran bernilai RM6juta. Projek-projek yang telah dikenalpasti meliputi 3 bidang keutamaan iaitu;

(a).Projek bantuan kemanusiaan - bantuan terus membantu kesusahan dan keperluan semasa;

(b).Projek Membantu Membangun Sosio-ekonomi individu dan keluaraga (jangka sederhana); dan

(c).Projek membangun ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat (jangka panjang).

Enam projek-projek yang dimaksudkan ialah:-

1. Projek Bantuan Beg Sekolah untuk kianak-kanak miskin bernilai USD35.00 (RM120.00) seorang pelajar untuk sejumlah sehingga 5000 pelajar. Projek ini merangkumi bekalan beg sekolah, alat tulis dan pakaian pelajar. Nilai projek dianggarkan sejumlah USD175,000.00 (RM550,000). Projek ini akan dijalankan secara berperingkat dan Aqsa Syarif mempelawa rakyat Malaysia menaja mengikut kemampuan penderma/penaja.

2. Projek Bantuan Para Kanak-kanak Pesakit Kanser di Hospital Rantissi. Ia diuruskan oleh Institute Khatwa Youth di Gaza City. Bantuan dari aspek keperluan para kanak-kanak dan keluarga dengan anggaran sekitar RM250,000.00 setahun.

3. Projek Bantuan Membangunkan Sosio-ekonomi keluarga miskin melalui pembiayaan/bantuan modal permulaan dan modal pusingan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Projek diuruskan oleh Al-najdah Social Asssociation Gaza dan Emaar Association di Khanyounis Selatan Gaza. Projek dianggaran bernilai Euro300,000 (RM1.2j).

4. Projek Projek membina dan mengoperasikan Kilang Roti di Betlahya (Utara Gaza) yang diurus oleh Islamic Society Betlahya. Kilang Roti ini akan mampu menyediakan pekerjaan sekitar 20 orang dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar. Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan.

5. Projek ternakan lembu, kambing, ayam dan arnab bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Projek diurus oleh Persatuan Islam Jabalia. Projek ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Projek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000).

6. Projek ternakan ikan air tawar dan kilang memproses makanan ikan. Projek diurus oleh Persatuan Islam gaza yang telah berjaya memulakan peojek fasa pertama. Makanan ikan yang terlalu mahal untuk diperolehi dari Israel, projek ini akan membantu menurunkan kos operasi projek di samping membantu menyediakan keperluan ikan. Perlu dimaklumkan bahawa semenjak sekatan dan kawalan perairan laut di barat Gaza, para nelayan dihalang untuk ke laut. Relawan Aqsa Syarif telah mengenalpasti teknologi dari Korea bagi menjayakan projek ini. Kos projek dianggarkan sejumlah RM300,000.00.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk sama-sama menanam saham akhirat, sila berhubung terus dengan ibu Pejabat Aqsa Syarif di talian 03-87334636. CEO dan Pegawai Aqsa Syarif bersedia membantu anda merialisasikan niat suci anda. Aqsa Syarif juga membuka peluang ini kepada para usahawan, ahli-ahli korporat, persatiam-persatuan, masjid-masjid dan agensi-agensi yang berminat.

@@@

Saturday, December 11, 2010

Titik Kematian

Semoga Di Cucuri Rahmat Ke Atas Roh Nya

Allah Menyayangi Mu


Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”

( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:

“Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”

(Surah al-A’raf ayat 34); (Surah an-Nahl ayat 61)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t:

“Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh.”

(Surah an-Nisaa’ ayat 78)

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...