SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Saturday, December 26, 2009

Doa Iftitah

Solat itu tiang agama. Setakat mana mutu solat kita? Ibarat tiang pada binaan, jika mutu tiang tidak begitu elok maka kemungkinan binaan itu tidak kukuh atau mungkin boleh runtuh. Maka solat yang ada kualiti adalah pra syarat kepada kekukuhan agama dalam dada.

Jadi menjadi tanggung-jawab dan tugas kitalah untuk berusaha secara sungguh2 untuk mempertingkatkan kualiti solat kita itu dari sehari ke sehari. Segala rukun solat di beri perhatian dan di laksanakan dengan penuh penghayatan.


Satu lagi langkah penting ialah untuk memahami erti bacaan dalam solat kita. Dengan memahami apa yang kita ungkapkan iaitu dialog yang tersurat sepanjang pendirian solat itu akan meningkatkan kualiti solat kita. Sesungguhnya segala pengucapan kita dalam solat itu sangat indah maknanya dalam penghambaan dan pengharapan kita pada Pencipta.

Doa iftitah umpamanya sungguh terkesan kalau kita betul2 menghayatinya.

  • Allah Maha Besar (Kekuasaannya)
  • Segala puji dan pujian bagi Allah
  • Maha suci Allah pada setiap pagi dan petang
  • Saya hadapkan wajah saya kepada Allah pencipta langit dan bumi
  • Dengan keadaan cenderong kepada kebenaran, menyerah dan taat
  • Dan saya tidaklah dari golongan musyrikin
  • Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah semuanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam
  • Tidak ada sekutu bagiNya
  • Begitulah saya perintahkan (oleh Tuhan)
  • Dan adalah saya dari golongan orang yang menyerah dan taat setia kepada Allah.

Dengan memahami erti bacaan itu tadi, maka ia boleh mendatangkan khusyuk di dalam sembahyang dan benar2 taat setia kepada Ilahi dengan tidak ada terniat untuk menunjuk-nunjukkan amalannya.

@@@

Wednesday, December 23, 2009

Farewell To MD

Petang tadi di adakan suatu majlis perpisahan untuk MD, En Shaharom yang akan menamatkan perkhidmatan dan akan bercuti ke London mulai besok. Jawatan MD akan diambil alih oleh En Karim Abdul Salam bermula 1 Januari nanti. En Karim juga hadir sebagai tetamu pada majlis ini.

Bak kata Dato Zainon, Pengerusi Pernec "Pernec itu Shaharom dan Shaharom itu Pernec", yang di highlite kan oleh Ismail Raji, menggambarkan betapa perkhidmatan dan sumbangan besar MD kepada syarikat selama 26 beliau bertugas di Pernec di mana 16 tahun dalam kapasiti sebagai MD. Harimau pergi meninggalkan belang, En Shaharom pergi meninggalkan nama, kerana jasa dan legasi nya.

Doa yang dibacakan oleh Hj Hisham Hamzah juga begitu menyentuh dan penuh syahdu memohon segala kebaikan buat En Shaharom dalam menjalani fasa seterusnya dalam hidup.

En Shaharom dalam ucapannya sempat mengingati para hadirin akan pentingnya menghayati tugas bekerja di Pernec ini sebagai satu ibadah. Yang perlu di lakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh demi kemajuan syarikat dan kepentingan ummah. Keduanya ialah tentang pentingnya membahagikan masa kita kepada tiga komponen iaitu kerjaya, keluarga, dan masyarakat. Sesuai dengan hadith Rasulullah yang menekankan bahawa tidak ada lagi hubungan apabila kita mati melainkan tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat, dan amal jariah. Suasana yang Islamic di Pernec telah memberikakan kita semua keberkatan dan MD mengingatkan supaya elemen maksiat dan apa saja yang bertentangan dengan syariat mestilah di buang jauh. Kita berdoa semoga Allah mengurniakan rezki yang barokah kepada Pernec dan kakitangan nya semua.

Seterusnya MD menekankan bahawa kita hendaklah saling hormat menghormati antara kakitangan samada yang sudah lama berkhidmat maupun kakitangan yang baru. Semua kita ada peranan dan tanggung jawab yang perlu di pikul penuh amanah. Konsep PRISM iaitu Progressive, Respect, Innovative, Supportive, dan Moral adalah tunjang dan nilai yang kita dokong. Kelima-lima nilai ini adalah saling kait mengait yang akan memacu syarikat ini menjadi perkasa dan maju.

MD juga mengingatkan elemen "4E" yang harus ada untuk berdaya saing iaitu Energy, Energize, Edge, dan Execution. Sehebat mana pun perancangan tapi jika gagal di implementasi kan dengan baik maka akan tiada maknanya. Kita mestilah ada motivasi diri dan berdaya saing untuk juga memotivasikan staf yang lain. Hendaklah rajin koreksi diri dengan belajar dan mendapatkan skil dan teknologi yang diperlukan. Dan Pernec mesti ada ciri "me only" bukan nya "me too" supaya kita unik dan ada edge berbanding yang lain. InsyaAllah kita akan kekal relevan dan dapat terus kekal dalam bisnes dan industri.

@@@

Monday, December 14, 2009

Ceramah Maal Hijrah

Alhamdulillah sempena kedatangan tahun baru 1431 Hijrah pada hari Jumaat ini, maka pihak surau Pernec akan mengadakan ceramah Maal Hijrah pada slot kuliah zohor pada hari Rabu 16 Dec 2009 pukul 1:00-2:00tgh. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Che Amran, seorang pendakwah bebas dari Bukit Beruntung yang tidak asing lagi kepada warga Pernec sekelian. Beliau merupakan ustaz tetap yang menyampaikan kuliah zohor bulanan di surau Pernec. Beliau juga pernah menyampaikan ceramah di slot Ceramah Perdana beberapa bulan dahulu.


  • Tajuk: Ceramah Maal Hijrah

  • Tarikh: Rabu 16 Dec 2009

  • Waktu: 1:00 - 2:00 tgh

  • Venue: Surau Pernec


SEMUA DI JEMPUT HADIR !!

Ceramah Perdana December 2009


InsyaAllah program Ceramah Perdana anjuran Surau Pernec akan di adakan pada hari Khamis 24 Dec 2009 bertempat di Kantin Pernec pada pukul 4:00 hingga 5:30 ptg. Ceramah ini sepatutnya berlangsung pada hari Rabu 23 Dec tetapi telah di tunda ke hari Khamis kerana bertembung dengan jamuan perpisahan MD. Poster baru telah di tampalkan di papan2 kenyataan utama sekitar permis Pernec. Jadi sama2 lah kita meluangkan masa untuk berada di majlis ilmu ini.
Tajuk ceramah pada kali ini agak menarik iaitu "2012 Propoganda Yahudi Illuminati" yang merupakan bahan selidik dan kajian Ustaz Syaari Abdul Rahman yang kini sedang meneruskan pangajian di peringkat Masters di UIA. Banyak coretan2 menarik dapat di ikuti di blog beliau iaitu http://rijal82.blogspot.com/ yang memaparkan misteri di sebalik perancangan Yahudi dengan fakta2 unik dari filem2 Hollywood seperti filem 2012, Godzilla, Independence Day, dsb. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini yang juga akan memaparkan petikan2 tayangan video di layar puteh untuk dihayati bersama.
@@@

Monday, December 07, 2009

Amanah Terakhir Seorang MD


Pagi ini berlangsung perhimpunan bulanan syarikat. En Shaharom, MD berucap kepada semua staf yang berhimpun dengan menyatakan bahawa ucapannya kali ini merupakan yang terakhir sebagai seorang MD kerana akan bersara setelah berkhidmat selama 26 tahun 9 bulan di Pernec. Pengganti beliau ialah Abdul Karim Salam dari Digi yang akan melapur diri pada 23 hb December ini. En Shaharom meminta semua kakitangan agar dapat memberi sokongan padu kepada MD yang baru demi kemajuan dan kejayaan syarikat di masa hadapan.

Seperti biasa En Shaharom akan memberikan tazkirah buat peringatan semua. Kali ini beliau mengimbau kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang di uji Allah dengan pelbagai ujian. Yang mana antaranya ialah di perintah Allah untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Ismail yang masih bayi di tanah kering kontang. Siti Hajar yang berlari-lari mencari air antara Bukit Safar dan Marwa, berakhir dengan kewujudan air zam-zam yang kekal menjadi miracle tidak kering-kering hingga ke hari ini yang dapat di minum oleh berjuta-juta manusia yang mengunjungi Mekah.

Air zam-zam kekal sebagai misteri tanda kekuasaan Allah yang di kagumi malah oleh saintis-saintis barat. Kemuncak pengorbanan Nabi Ibrahim ialah apabila di perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dimana Nabi Ismail dengan rela membenarkan ayahnya menyembelihnya menurut perintah Allah. Di sinilah kemuncak kepatuhan hamba kepada Rabb nya sehinggakan Allah menggantikan dengan seekor kibas sebagai korban menggantikan Nabi Ismail. Maka sebagai pengajaran kita sebagai muslim hendaklah penuh ikhlas menjalani segala perintah Allah dengan sanggup berkorban apa saja.


Seterusnya En Shaharom mengimbau kembali sejarah Pernec yang bermula dengan sebuah "joint venture" antara Pernas dengan NEC Japan dengan modal berbayar RM 5 juta dengan projek switching dan transmission untuk TMB. En Shaharom menyertai Pernec pada 1 Mac 1983 dari LLN dan di lantik sebagai MD pada 1 April 1993, sehinggalah tarikh persaraannya pada bulan Dec 2009 ini. Pelbagai dugaan dan cabaran telah di lalui.

Krisis ekonomi pada tahun 1987 mengajar pengurusan syarikat untuk diversify bisnes ke bidang baru seperti IT dan Payphone dan tidak hanya bergantung kepada satu principal (NEC) dan beberapa produk sahaja. Dengan strategi yang betul pusingan kedua krisis ekonomi pada tahun 1997 berjaya ditempuhi dengan jaya.

Dan kini pusingan ketiga krisis ekonomi 2008 memberi satu ujian yang baru hingga buat pertama kalinya dalam sejarah Pernec mengalami kerugian, namun pada tahun ini setakat Oct 2009 Pernec telah berjaya "turnover" dan merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.5 juta dan jangkaan keuntungan RM 14 juta pada penutup akaun 2009, insyaAllah. Dengan itu MD menyatakan bahawa dia berpuas hati kerana dapat meninggalkan Syarikat pada platform yang baik untuk diambil-alih oleh MD yang baru nanti.

Beliau berharap agar kakitangan terutamanya yang baru berkhidmat agar memahami dan menghargai segala pengorbanan yang telah di lalui oleh orang-orang lama Pernec. Janganlah menghancurkan segala kejayaan yang ditempa dengan perhitungan yang salah. Pernec masih bertahan dan berjaya menempa nama walaupun banyak syarikat-syarikat bumiputera yang lain sudah lama tutup kedai.


Akhirnya En Shaharom memohon maaf kepada semua yang hadir dan mereka yang tidak dapat hadir pada hari ini, jika ada kesalahan atau terkasar bahasa sepanjang perkhidmatannya di Pernec. Katanya selepas ini beliau akan terlibat dalam mengusahakan hospital rawatan Islam di Bangi demi untuk kepentingan ummah. Sekiranya bersua tegur-tegurlah kata MD, maklumlah bila dah tua ni kadang tu muka cam tapi nama lupa.


Selamat maju jaya MD dan terima kasih di atas jasa baik dan perkhidmatan selama ini.


@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...