SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Sunday, October 11, 2009

Perhimpunan Bulan Syawal


Pagi tadi berlangsung perhimpunan bulanan syarikat. Seperti biasa MD menyampaikan amanatnya pada kakitangan syarikat sekelian. Antara yang dapat saya petik ialah, MD mengucapkan rasa syukur kerana kita masih di beri kelapangan oleh Allah untuk terus hidup dan berjaya menghabiskan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lalu. Katanya ibadah puasa itu sendiri sebenarnya adalah satu platform untuk menjana ketaqwaan dalam diri kita. Iman kita ini selalu turun naik. Maka ibadah puasa itu sendiri di harap dapat mencapai objektifnya iaitu untuk menjana atau meningkatkan level ketaqwaan kita.
Taqwa itu ibarat kita melalui sebuah kawasan yang penuh onak dan duri dan kita menyelimuti diri kita dengan selimut tebal untuk melindungi dari ancaman duri dan onak tajam tadi. Satu lagi analogi yang di sampaikan oleh MD ialah taqwa itu berbeza bila berkumpulan dan bila bersendirian. Bila melayari internet bersendirian dan bila melayari internet secara beramai-ramai contohnya. Orang yang bertaqwa mesti faham bahawa walupun kita duduk bersendirian tetapi sebenarnya kita tidak bersendirian. Ada malaikat Raqib & Atib yang sentiasa bersama kita. Dan yang lebih penting Allah sentiasa bersama kita dan mengetahui segala perlakuan kita walupun orang lain tidak nampak. Maka jika kita faham ini sudah tentu kita tidak tergamak lagi melakukan kemungkaran. InsyaAllah.
@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...