SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, October 13, 2009

Kitab TAQWA karya TGNA


Amanah yg diberikan kepada saya untuk menyampaikan tazkirah pagi di corong sistem PA syarikat pada setiap pagi rabu telah dapat di teruskan lagi. Hari ini saya mula membacakan petikan dari kitab bertajuk TAQWA oleh TGNA terbitan Mac 2008 Anbakri Publika Sdn Bhd. Kitab ini mengandungi 52 bab setebal 215 ms. Alhamdulillah saya telah memulakan dengan Bab 1 pagi ini dengan tajuknya "Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua."

Peringatan Rasulullah SAW di dalam hadisnya:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu:
  1. masa muda engkau sebelum datangnya hari tua
  2. masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit
  3. masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa
  4. masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk
  5. dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.

Peringatan ini diberikan dengan suatu tawaran berfaedah supaya tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma. Ibarat mendapat keuntungan tanpa modal, sedangkan orang berniaga mesti melalui modal. Justru kesempatan ini janganlah dibiarkan berlalu dengan sia-sia.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dibidang ilmu ataupun amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran.


Firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus. (Surah at-Tin: 4-6)

@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...