SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, September 01, 2009

Bulan Kesabaran

Dalam tazkirah pagi ini telah disentuh perihal bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan kesabaran. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kekurangan pahala puasanya. Sabda Rasulullah SAW: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."

Sabar boleh dibahagi kepada tiga:

1. Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
2. Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
3. Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.

Kesemua jenis sabar ini terangkum dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa.

@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...