SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Menyuburkan Hati

Rahmat dan berkat yang dibawa oleh Ramadhan memberi kita peluang untuk menguatkan Iman kita. Ia diibaratkan seperti pendorong yang memberi dorongan kepada mereka yang berusaha untuk mentaati perintah Allah atau ia dilihat sebagai satu peluang bagi mereka yang ingin berubah menjadi hamba-hamba yang taat kepada Allah.

Allah telah menerangkan dengan jelas di sini dalam firman-Nya (Al-Baqarah ayat 183): "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Perkataan bertaqwa membawa erti mereka yang percaya kepada ketauhidan Allah dan yang benar-benar takut kepada Allah. Takut dalam ertikata menjauhkan diri daripada melakukan segala jenis dosa dan amalan-amalan yang dilarang oleh Allah.

Kita semua memang mahu menjadi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mematuhi dan melaksanakan perintah Allah. Tetapi ada kalanya perbuatan kita tidak menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Memandangkan Ramadhan sudah kemabali, mungkin inilah waktunya bagi kita untuk menilai hati kita dan mencari kelemahan dalam diri kita. Hati kita adalah pusat bagi perasaan, emosi, perancangan dan aspirasi, dimana ia boleh memilih untuk mengikut perintah Allah atau sebaliknya. Oleh kerana itu, perkara utama bagi kita ialah menjaga hati kita, sebagaimana firman Allah (Al-Baqarah ayat 225): "Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud, tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengajakan (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Diikuti dengan sabda Rasulullah SAW: "Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati."

Justru itu marilah kita ambil peluang yang Allah berikan untuk kita masih mampu berada di bulan Ramadhan tahun ini untuk kita menyuburkan hati kerana Allah. Segala amal soleh yang kita lakukan mestilah niatnya ikhlas semata-mata kerana Allah. Dan kita lakukan sesuatu amalan ibadah mengikut cara yang yang di lakukan oleh Rasulullah SAW.

@@@

No comments:

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...