Ramdhan adalah bulan yang mulia yang dinantikan oleh
setiap orang Islam, kerana banyaknya kebaikan dan keberkatan yang ada di dalamnya. Yang tidak
ada pada bulan yang lainnya.
Oleh kerana itu, sempena kedatangan Penghulu segala bulan
pda tahun ini yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi kedatangannya, digesa untuk
membuat persiapan tersebut.
Di antara persiapan yag paling penting dan paling utama adalah persiapan hati kita serta mental
dalamann kita. Agar Ramdhan yang akan datang ini kita sambut dengan perasaan
hati yang gembira. Agar kita bersemangat untuk melakukan semua aktiviti yang
positip di sepanjang bulan Ramdhan pada tahun ini.
Di samping itu juga ada 3 modal yang utama dalam
melaksanakan ibadah puasa yang perlu dipersiapkan dalam puasa pda tahun ini.
iaitu:
1. Modal KESEHATAN jasmani dan tubuh badan kita.
Kerana puasa itu merupakan ibadah yang memerlukan
kekuatan tubuh badan. Justeru itu
jagalah kesihatan kita sebelum dan ketika kita menjlankan ibadah puasa
tersebut.
2. Modal KEIMANAN yang kuat.
Panggilan puasa adalah panggilan keimanan. Allah SWT berfirman dalam al Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183).
Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa ibadah puasa
adalah ibadah yng pelaksanaannya memerlukan kekuatan iman kita. Kerana banyak
orang yang Sehat badannya tetapi tidak mampu melaksanakan ibadah tersebut sebab
keimanan mereka begitu lemah
3. Modal ILMU PENGETAHUAN yang mendalam.
Ilmu merupakan modal penyempurna dari dua modal di atas.
Kerana meskipun badan kita sihat fan iman kita kuat. Kalau puasa tak pakai
ilmu, maka ibadah puasa hanya menjadi ibadah ADAT. maka akhirnya selepas puasa akan kembali sama
seperti semula.
Justeru itu wahai saudara-saudara sekalian. Berusahalah
menambahkan ilmu pengetahuan agama kita dalam ibadah Ramadan tahun ini agar
kefahaman kita dalam melaksanakan ibadah puasa ada perubahan dari segi kualiti
ibadah. Bukan puasa yang hanya ikut pada ADAT tetapi puasa yang ikut SYARI'AT.
Kerana masih banyak umat Islam beranggapan bahawa Ramadan
adalah BULAN IBADAH, maka akhirnya rajin umat islam sekarang ini hanya pada
bulan Ramdhan sahaja. Akan Tetapi anggapan yang betul adalah Ramdhan bulan
untuk BERMULA RAJIN IBADAH. Insya-Allah meskipun sudah habis bulan Ramadhan,
kita masih lagi tetap rajin untuk beribadah.
Ya Allah jadikan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang
lebih baik dari Ramadhan tahun lau serta jadikan Ramadhan tahun ini adalah
Ramadhan yang terbaik dan anggaplah Ramadhan tahun ini seolah-olah Ramdhan yang
terakhir bagi kami.
Ya Allah sehatkanlah tubuh badan kami serta kuatkanlah
iman dan aqidah kami dalam menjalani ibadah puasa pada Ramadhan kali ini. Kami hamba Mu yang
lemah yang berharap segalanya hanya
kepada Mu. Jadikanlah puasa kami untuk beroleh Taqwa di sisi Mu. Aaamiiiin
!!!!!!!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
No comments:
Post a Comment