SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Friday, February 15, 2013

Diabetes Mellitus


Diabetes Mellitus atau Kencing Manis adalah satu keadaan dimana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Diabetes berlaku pabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam tisu dan sel, di mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar.

Pabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa masuk ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua keadaan sering dialami oleh pengidap Diabetes Mellitus iaitu Hipoglysemia & Hyperglysemia.

Hipoglysemia ialah pabila paras gula/glukosa dalam darah adalah rendah daripada yang sepatutnya. Tanda-tandanya ialah lemah, lapar, berpeluh, pucat, pening, menggeletar, pucat berdebar-debar, rasa gelisah tidak tentu arah, atau koma tidak sedarkan diri.

Cara mengatasi Hipoglysemia ialah secara amnya glukosa perlu diambil untuk menghilangkan tanda-tanda hypoglysemia. Makanan berikut boleh diambil iaitu:

  1. Setengah cawan atau 4 auns jus buah-buahan
  2. Setengah cawan atau 4 auns minuman ringan bukan diet
  3. Satu cawan atau 8 auns susu
  4. Lima atau enam biji gula-gula
  5. Satu sudu besar gula atau madu
Tanda-tanda Hiperglysemia pula ialah kerap kencing, sangat dahaga, loya, penglihatan kabur dan suka kepada makanan dan minuman.

Cara mengawal Diabetes Mellitus ialah:
  1. Kurangkan makanan karbohidrat dan gula supaya kadar kalori dalam sehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan berkenaan cara diet untuk diabetes terperinci.
  2. Lakukan senaman atau aktiviti riadah yang dapat meningkatkan kecergasan, membakar kalori, merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  3. Kekalkan berat badan yang unggul kerana masalah obesiti berkait rapat dengan Diabetes Mellitus.
  4. Sasarkan paras gula pada bacaan 4.4 - 6.1 mmo/L (masa berpuasa) atau 4.4 - 8.0 mmo/L (selepas dua jam mengambil makanan).
  5. Menjaga rapi anggota kaki dan tangan untuk mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45% hingga 85%.

Renung-renungkan dan selamat beramal !!

@@@

Thursday, January 31, 2013

Wednesday, January 09, 2013

Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusian Gaza

Alhamdulillah pihak AJK Surau Pernec dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Pernec telah berjaya melaksanakan program Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusian Gaza 1434H pada hari semalam. 

Program dirasmikan oleh En Abdul Karim Abdul Sallam, Group Managing Director sekitar pukul 12:30tgh dan kutipan dana akan berlangsung selama seminggu di Pernec bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif di Pernec iaitu Hj Yusof Ahmad. 

Pembentangan susur jalur sejarah Palestin dan perkembangan terkini oleh Dr Mohd Tahir (iaitu ayah kepada Faizal Tahir) mantan CEO pertama Aqsa Syarif Berhad dan merangkap ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif Berhad, telah memberi pencerahan pada isu sebenar masalah Pelestin. 

Semoga warga Pernec sekelian dapat mengambil peluang ini untuk ambil peduli pada pengorbanan dan kepayahan saudara se Islam kita di Gaza berjihad menentang keganasan Zionis demi pembebasan bumi suci al-Aqsa yang telah di waqafkan kepada umat Islam sedari zaman Khalifah Umar RA.

"Kami sanggup berjihad mewakili seluruh umat Islam menentang rejim Zionis membebaskan bumi Palestin ini. Doakan pertolongan Allah turun untuk kejayaan kami. Sesungguhnya doa itu adalah senjata umat Islam. Bila pertolongan Allah turun maka seluruh pertolongan lain akan menyusul, insyaAllah."

Justru itu Tuan2 dan Puan2 sekelian selitkanlah doa mohon kejayaan kepada Umat Islam di Palestin dan kemusnahan musuh2 Islam pada setiap kali selepas solat. Sesungguhnya kita semua bertanggung-jawab membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.


Monday, June 18, 2012

Friday, June 15, 2012

Monday, May 14, 2012

Ceramah Perdana 30/5/12


Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.


@@@

Thursday, April 26, 2012

Ceramah Ust Azhar DI Masjid As-Syakirin Gombak - 29/4/12

Jom Kita Pakat Pi Ramai2...
Ustaz Paling HOT Masakini !!


Wednesday, April 18, 2012

Kuliah Zohor 24/4/12

Kuliah Ust Hakam di tunda ke 24 Apr 2012

Tuesday, April 17, 2012

Ceramah Perdana Bulan April

Jemput Ramai2 Ke Ceramah Perdana
Dosa Jangan Di Pandang Ringan
Pahala Jadi Rebutan
Insan Cemerlang - Ummah Gemilang
InsyaAllah.

Monday, February 20, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012


Konvensyen Fiqh Ummah 2012 telah berlangsung di PWTC pada hari minggu yang lalu dan seramai 20 org warga Pernec telah berpeluang menghadirinya. Konsep wasatiyyah iaitu kesederhaaan dalam agama di bentangkan dengan padat oleh 21 org asatizah (para dae'i) sepanjang program dua hari berkenaan. 

Pendekatan kesederhanaan ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah.. 

  1. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
  2. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
  3. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.
  4. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.
  5. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.
  6. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
  7. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.
  8. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
  9. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
  10. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).
  11. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.
  12. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.
  13. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada  yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang  melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
  14. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.
@@@

Monday, January 30, 2012

Ceramah Perdana - 22 Feb 2012

Pengisian Ilmu Bulanan
Untuk Warga PERNEC

Sunday, January 22, 2012


Warga Pernec sekelian dijemput ke Majlis Ilmu Ustaz Azhar pada 28 & 29 Jan ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Majlis ilmu akan berlangsung di Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang pada hari sabtu 28 Jan & di Masjid Negeri Shah Alam pada hari ahad 29 Jan.


@@@

Tuesday, January 17, 2012

Thursday, January 05, 2012

Thursday, December 22, 2011

Pencinta Ilmu - Kuliah Zohor Setiap Khamis - Surau PERNEC

Betulkan Yang Biasa



Biasakan Yang Betul


Ustaz Ahmad Shahdan Al-Hadrami
Kitab Bagaimana Nak Jadi Kaya Dunia Dan Akhirat



Kerja Sebagai Ibadah



Kita Diangkat Kemuliaan Kerana Islam




Wednesday, December 21, 2011

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...