SURAU FIKIR
Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !
Showing posts with label Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir. Show all posts
Wednesday, February 18, 2015
Air Mani
Siapa pun kamu, asalmu hanya dari setitis air yang hina iaitu air mani, bukan air holick. Tidak kira kamu ini pegawai majlis daerah, peniaga ikan di pasar, atau ahli keparat lima bintang. Syukur atas nikmat hidup. Ramai yang tidak diberi kesempatan untuk hidup. Besar ke nikmat hidup? Besar.
Mengisi detik kehidupan dengan amalan yang baik2 adalah dituntut oleh Agama. Ramai yang isi masa dengan perkara yang sia2. Ramai yang tak ambil berat langsung tentang tuntutan Agama. "Kesian tok bilal tu, masjid rumah masjid rumah tak ada kerja lain," keluh ahli korporat dengan nada menyindir.
Hakikatnya nikmat lagi besar ialah mengisi kehidupan dengan tuntutan syariat. Jika terpilih dalam kelompok ini, maka syukur banyak2.
"Dan cukup sedikit hamba-Ku yang bersyukur." Tanya diri sendiri, "Aku ini hamba yang bersyukur?" Brapa ramai antara kita yang doa bangun tidur pagi tadi? Tidur ialah adik-beradik mati. Kalau tidur mampus 2x mati.
Manusia itu sebaik-baik kejadian. Permulaan manusia ialtu Nabi Adam di cipta daripada tanah. Anak cucu Nabi Adam di cipta daripada air mani. Air mani kalau nak jual kat pasar malam pun tak laku. Itulah hinanya. Maka tidak kira kamu ada PHD ka? ada JKK ka? ada YDP ka? semuanya berasal dari air mani yang hina. Itulah asal kejadian kita.
Siapa yang Sempurnakan kejadian kita? Allah.
Kita nak tentu hitam putih kulit anak pun tak boleh. Kita mendengar ini kerana ada telinga ka? atau kerana ada pendengaran? Ramai orang ada telinga tapi tak dapat mendengar. Ramai yang ada mata tapi tak ada penglihatan.
"Tn Haji saya bagi RM2 juta untuk beli penglihatan Tn Haji boleh?" Mudah2an Allah golongkan kita di kalangan orang2 yang bersyukur. Amal soleh dan beriman untuk mencapai kehidupan yang baik di akhirat. Kehidupan yang baik mengikut syariat Allah di dunia ini bakal mendapat ganjaran yang jauh lebih baik di akhirat nanti.
Amal soleh itu ialah sebarang bentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul. Dengar apa yang Allah suruh kita buat, bertepatan dengan al-Qur'an dan Sunnah. Amalan yang memberi manfaat kepada diri dan ahli masyarakat. Jogging itu amal soleh. Gotong royong itu amal soleh.
Amal soleh itu mestilah bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah, bukan rekaan sendiri. Dan amal soleh itu niat ikhlas kerana Allah.
Puasa yang tak ikhlas kerana Allah, sia2. Solat yang tak ikhlas kerana Allah juga sia2. Ikhlas itu ialah melakukan sesuatu biar orang tak tahu pun tak apa, cukuplah Allah tahu.
Tak ikhlas ialah kalau orang tak tahu kita buat kebajikan itu rasa tak sedap, rasa macam rugi la pulak. Solat yang ikhlas itu ialah solat yang sama saja samada solat depan orang atau solat depan lembu. Semua mengharap redha Allah semata.
Amal soleh mestilah berlandaskan aqidah yang benar, iaitu mestilah seorang mukmin. Orang kafir atau orang yang tidak beriman pada hakikatnya tidak memiliki bekas untuk Allah bagi pahala kepadanya. Kerja mereka, kebajikan mereka dan segala perlakuan baik mereka sekadar sia2 sahaja tanpa mendapat ganjaran pahala Allah.
Bila ketiga-tiga elemen utama ini ada maka dia akan hidup dengan kehidupan yang baik dan rezki yang halal. Ada tak rezki yang halal tapi tak baik? Ada, contohnya anak yang derhaka atau tidak dapat makan kerana penyakit.
Apakah hidup bahagia? Hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Bila kamu hidup di landasan Islam, kecukupan dalam setiap keperluan, dan kelazatan dalam beribadah. Apa itu lazat? Lazat ni contohnya kalau makan tak nak berhenti, lazat sungguh.
Jangan sekadar jadi hamba Allah tapi jadilah hamba Allah yang bersyukur. Tanda bersyukur ialah dengan bayar balik segala nikmat pemberian Allah ini dengan melakukan amal soleh.
Amal soleh ialah amalan yang mengikut saranan Nabi, dengan ikhlas dan aqidah yang benar. Akhirnya mendapat bahagia bukan sekadar di dunia tapi yang lebih utama ialah bahagia di akhirat nanti.
@@@
Monday, November 24, 2014
Fahaman Sesat Liberalisme dan Pluralisme
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.
Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang
Pluralisme adalah suatu ideologi atau fahaman yang mengisbatkan kepelbagaian hakikat, yang semuanya dianggap setara, sama benar, sama sah. Prinsip ini menganjurkan agar pandangan semua pihak, bangsa atau puak, semuanya mesti diterima sebagai setaraf, tiada yang lebih benar atau kurang benar, kalau kita hendak hidup aman. Agama dianggap hanya mendatangkan konflik serta pertentangan yang berterusan, dan sampai bila-bilapun tidak akan selesai. Jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan menerima sahaja semua pandangan sebagai sama benar atau sama sah bagi memuaskan hati semua pihak.
Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’. Aliran atau manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.
Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran dan al-Hadis. Penganut Islam Liberal menyatakan al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi ia adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.
Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar. Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.
Pendokong fahaman liberalisme dan pluralisme adalah golongan berfikiran sekular, yang percaya bahawa kehidupan yang lebih baik akan tercapai apabila manusia dibebaskan daripada kongkongan agama. Bagi mereka satu-satunya jalan ke arah kemajuan ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama. Lama kelamaan agama itu akhirnya ditolak sama sekali daripada kehidupan. Seseorang yang liberal ialah yang berpandangan bahawa agama itu hanya menyebabkan manusia itu berfikiran tertutup, jadi jumud, satu arah sahaja. Agama kepada tanggapan golongan Liberal, adalah musuh kepada kebebasan dan kemodenan.
Jika pendokong dan pejuang pluralisme dan liberalisme beranggapan agama sebagai pengongkong kebebasan, orang Islam melihat agama Islam sebagai pembebas jiwa dan raga mereka. Membuka fikiran dan membebaskan penganutnya daripada kepercayaan tahyul dan karut-marut, kejahilan dan cara hidup purbakala yang menindas manusia.Yang kita perlu lakukan ialah membebaskan manusia daripada kejahilan dan kekeliruan yang membelenggu pemikiran dan amalan hidup kita.
Dalam amalan sekarang akhlak itu sudah menjadi hak peribadi semata-mata sedangkan menurut ajaran Islam, tidak ada apa yang boleh dipisahkan daripada agama. Segala-galanya, hidup dan mati kita, seluruh kehidupan kita dipandukan oleh panduan wahyu, panduan agama, panduan Al Quran dan panduan sunnah Nabi.
Kemelut yang berpunca daripada kekeliruan pemikiran ini hanya boleh ditangani dengan berkesan melalui kaedah pendidikan yang betul dan terancang. Pendidikan yang berasaskan kepada akidah dan fardhu ain. Ilmu fardhu ain perlu diajar dengan betul dan mencukupi bagi menangani persoalan pemikiran semasa supaya orang Islam tidak mudah hilang makna diri.
Ilmu fardhu ain adalah suatu yang bersifat dinamik dan ia bukan hanya layak diajar untuk budak sekolah rendah. Sebaliknya ia perlu diteruskan dan diperkukuhkan sehingga ke peringkat universiti kerana pada peringkat itulah idea-idea asing tentang kebebasan, hak asasi manusia, pluralisme, kepelbagaian budaya, sejarah dan falsafah diajar dan diterapkan tanpa tapisan dan kritikan yang tepat.
Maka cintailah majlis2 ilmu agar kita tidak kekal jahil dan mudah terperangkap dengan fahaman yang sesat ini. Sesungguhnya tuntutan menuntut ilmu Agama ini adalah wajib bagi setiap individu muslim hingga ke akhir hayat. Bagi orang awam platform terbaik ialah dengan duduk di majlis2 ilmu yang diadakan saban malam di surau2 dan masjid2 di seluruh negara diantara waktu maghrib dan isyak. Tepuk dada tanya iman.
@@@
Thursday, January 23, 2014
Kompentensi
Ada Orang Bijak Cakap
Dalam Kerja Kita Ni
Hanya 20% Technical Competencies
Tapi 80% Sikap Atau Emotional Competencies Yang Diperlukan
Don't Worry Ramai Yg Konpius
Namun Semarakkan Sikap Positif
Untuk Padamkan Segala Api Kegusaran Itu
Acap Kita Rasa Problem Aku Ini Sangat Berat
Namun Percayalah Ia Problem Kecik Saja
Kalau Nak Bandinglan Dengan Problem Yang Lebih Besar Di Luar Sana
Bergantung Harap Bukan Pada Makhluk
Tapi Bergantung Haraplah Pada Pencipta Makhluk
Setiap Sesuatu Ada Hikmahnya
Banyakkan Syukur Pada Segala Nikmat
Banyakkan Sabar Pada Setiap Ujian
Dan Banyakkan Redha Pada Setiap Ketentuan Allah.
Thursday, June 27, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..
related post..