SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !
Showing posts with label Ilmu dan Amal. Show all posts
Showing posts with label Ilmu dan Amal. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Giatkan Amal Soleh di Bulan Rejab

Teruskan Amal Soleh
Di Bulan Rejab Yang Mulia Ini

Hari ini sudah masuk 5 Rejab. Sudah puasa sunat bulan Rejab? Sudah tambahkan amal soleh? Zikrullah, bersedekah, berselawat, beristighfar, solat malam, sedekah senyuman, berbuat kebaikan dan kebajikan? Apa pun tanam azam kita untuk sama2 melakukan amal soleh. Bulan Rejab ialah bulan pertama dalam tiga serangkai mendahului Syaaban untuk kita sama2 menuju ketibaan bulan mulia penuh barokah Ramadan al-Mubarak.

Jangan leka daripada mengingati Allah. Segala urusan akan kembali kepada Allah. Segala ketentuan milik Allah. Alangkah mulia seseorang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Dikala orang tidur dia banyak solat. Dikala orang lalai dia banyak ingat. Dikala orang kedekut dia banyak bersedekah. Ibadah yang sempurna bukan sekadar badaniah tetapi merangkumi ruhaniah. Amalan harian seperti wirid dan zikir boleh di qada jika terlupa.

Di dunia kita sudah bina rumah kediaman, kita sudah miliki rumah yang akan kita tinggalkan. Di akhirat sudahkah kita bina rumah? Kena bina rumah kediaman di akhirat yang kekal abadi dengan memperbanyakkan amal soleh. 

Dengan banyak solat kita akan sihat jasmani dan ruhani. Imam Abu Hanifah solat subuh dengan wudhuk solat isyaknya selama 40 tahun. Dengan bersungguh dalam beramal akan datang nur hidayah. Sibukkan malam dengan mengaji Qur'an dan sibukkan siang dengan mengamalkannya.

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah maka Allah akan menggantikan yang lebih baik kepadanya. Teruskan amal soleh kita di bulan Rejab yang mulia ini, bukan latihan dan tarbiyah untuk menuju Syaaban dan kemuncaknya Ramadan nanti. 

@@@

Monday, February 20, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012


Konvensyen Fiqh Ummah 2012 telah berlangsung di PWTC pada hari minggu yang lalu dan seramai 20 org warga Pernec telah berpeluang menghadirinya. Konsep wasatiyyah iaitu kesederhaaan dalam agama di bentangkan dengan padat oleh 21 org asatizah (para dae'i) sepanjang program dua hari berkenaan. 

Pendekatan kesederhanaan ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah.. 

  1. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
  2. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
  3. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.
  4. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.
  5. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.
  6. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
  7. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.
  8. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
  9. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
  10. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).
  11. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.
  12. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.
  13. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada  yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang  melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
  14. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.
@@@

Monday, November 21, 2011

Ingat Mati

26 Peserta Kursus Pengurusan Jenazah bergambar bersama dua tenaga pengajar
 Tekun Mengenali Peralatan Kafan


Otai-otai Menunggu Di Luar Bilek Mayat

Orang Yang Bijak Ialah Orang Yang Bersiap Sedia Untuk Kematian
Siapkan Kelengkapan Kapan
15m Kain Puteh di gunting 3 lapis
Hj Amaludin Sebagai Model Jenazah
Selesai Di Mandikan

Kapankan Dengan Kemas Dan Penuh Kasih Sayang

Untuk Ahli Keluarga dan Waris Sekelian - Kucupan Terakhir

Selamat Jalan Sahabatku


Selamat Tinggal Dunia Yang Fana


Alhamdulillah kursus pengurusan jenazah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Kursus yg dipimpin oleh Ustaz Sahrudin Bin Samsuddin dari KUIS telah di sertai oleh 24 orang warga Pernec sekelian.

Tanda-Tanda Saat Kematian:
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

@@@

Sunday, November 13, 2011

Monday, April 25, 2011

Tiada Kebaikan Tanpa Solat

Terdapat banyak hadith2 Rasulullah SAW yang memerintahkan agar solat dikerjakan serta menerangkan pula fadhilat2nya. Di bawah ini dinukilkan beberapa terjemahan hadith untuk diperolehi manfaatnya bersama:





  1. Solat adalah julung2 perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan solatlah pula julung2 perkara yang akan disoal pada hari hisab.


  2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat!


  3. Solat adalah satu2nya yang membezakan di antara iman dengan syirik.


  4. Solat adalah tanda Islam.


  5. Seorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk’ apabila masuk waktunya dan mengambil berat serta mengerjakan segala rukun2nya termasuk rukun2 yang mustahab pastilah ia seorang Mu’min.


  6. Dari segala sesuatu yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, iman dan solat adalah lebih baik dari solat maka Allah SWT akan perintahkannya untuk para malaikat-Nya yang sesetengahnya sentiasa di dalam ruku’ manakala yang lainnya pula sentiasa di dalam bersujud.


  7. Solat adalah tiang agama Islam.


  8. Solat menghinakan syaitan.


  9. Solat adalah nur bagi orang Mu’min.


  10. Solat adalah jihad yang terbaik sekali.


  11. Allah SWT bermurah hati terhadap seseorang itu selagi dia bersolat.


  12. Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang2 yang selalu ke masjid bertebaran dan terselamat.


  13. Jika setengah dari dosa2 besar orang Muslim itu mencampakkan ke dalam neraka Jahannam, maka api neraka itu tidak membakar bahagian2 badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.


  14. Api neraka telah diharamkan ke atas bahagian2 tubuh orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.


  15. Dari segala amalan, solat yang dikerjakan pada waktu2 yang telah ditetapkan adalah yang amat dicintai oleh Allah SWT.


  16. Allah SWT paling suka kepada perawakan seseorang apabila dia dalam bersujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.
    Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah SWT.


  17. Solat adalah anak kunci ke syurga.


  18. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu2 syurga dibuka dan segala tabir di antara dia dengan Allah SWT disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).


  19. Seseorang yang bersolat adalah seumpama dia mengetuk pintu rumah Allah SWT dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.


  20. Kedudukan solat di dalam Islam adalah seperti kepala pada badan.


  21. Solat adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia menyuluh hatinya itu (dengan bersolat).


  22. Jika seseorang mahu dosa2nya diampuni Allah SWT maka hendaklah dia mengambil wudhu’ dengan sempurna, solat dengan khusyu’ dua atau empat rakaat solat fardhu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadhirat Ilahi, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosa2nya.


  23. Mana2 bumi yang di atasnya Allah SWT diingati dalam solat merasa bangga dari bumi2 lain.


  24. Allah SWT menerima doa seseorang yang berdoa kepada-Nya setelah bersolat dua rakaat. Allah SWT mengkabulkan apa yang dimohonkannya, kadang2 dengan segera dan kadang2 terlambat sedikit (untuk kepentingannya).


  25. Seseorang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tiada sesiapa pun yang melihatnya kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya sahaja, maka api neraka tidak akan menyentuhnya.


  26. Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setiap lepas seseorang itu menunaikan solat fardhunya.


  27. Api neraka terharam dan syurga diperolehi seseorang yang berwudhu’ dengan sempurna dan mengerjakan solatnya dengan khusyu’ menurut rukun2nya.


  28. Syaitan takut akan seorang Muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila saja dia mengabaikannya maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya menyesatkannya.


  29. Solat pada awal waktu merupakan amalan yang paling baik.


  30. Solat adalah persembahan orang2 soleh.


  31. Solat pada awal waktu adalah amalan yang amat digemari Allah SWT.


  32. Di waktu fajar sesetengah orang pergi ke masjid manakala sesetengahnya lagi ke pasar. Mereka yang pergi ke masjid adalah pembawa bendera iman dan yang pergi ke pasar pula adalah pembawa bendera syaitan.


  33. Empat rakaat solat sebelum Zohur sama pahalanya dengan empat rakaat solat Tahajjud.


  34. Empat rokaat solat sebelum Zuhur dikira sama seperti empat rakaat solat Tahajjud.


  35. Rahmat Allah SWT dicucuri ke atas hamba-Nya yang bersolat.


  36. Solat tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya.


  37. Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: “Hai Muhammad! Berapa lama pun yang kamu hidup kamu akan mati jua pada suatu hari nanti dan kamu mungkin mencintai siapa saja yang darinya kamu akan berpisah pada suatu hari. Sesungguhnya kamu akan menerima balasan ke atas apa jua yang kamu kerjakan (baik atau jahat). Tidak syak, kebesaran seorang Mu’min itu adalah dalam Tahajjudnya dan kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.


  38. Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku, akan kuwajibkannya.


  39. Teruskanlah solat Tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang2 yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan.


  40. Allah SWT berfirman: “Hai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha2mu pada keseluruhan hari tu.”




Maka tidak keterlaluanlah kalau kita nyatakan bahawa manusia tiada nilaiannya (worthless) di sisi Allah tanpa solat. Usahlah dibangga segala pencapaian yang ada kerana jika seorang manusia itu gagal mendirikan solat yang merupakan perintah Allah itu maka segala pencapaian tadi kosong belaka. Tanpa solat Nerakalah balasannya.



@@@



Friday, April 22, 2011

Rugi Berniaga ?

Kenapalah manusia tidak menutup aurat? Bukankah menutup aurat itu perintah Allah? Kalau tidak menutup aurat bermakna kita melanggar perintah Allah. Maknanya dapat dosa bereterusan selagi mana kita mendedahkan aurat kita kepada umum.




Ibarat anak kita dapat markah exam Matematik 70% iaitu B le kan, tapi nanti dulu kena potong markah 10% kerana ada satu kesalahan besar, jadi markah yg tinggal ialah 60% je. Elok dapat B, skrg dah jadi C....ish ish.


Samalah gak dgn tak tutup aurat ni, katalah solat cantek, sedekah, puasa, tuturkata, pergaulan baik, jadi dapatlah kita pahala 70% hari tu. Tapi sebab tak tutup aurat kita dapat dosa dan kena tolak pahala tadi 10 point. Tinggallah 60% iaitu C je...ish ish.


Scenario ni dah berterusan sejak kita baligh 20 tahun yg lalu. Cuba bayangkan alangkah ruginya. Silap haribulan elok2 boleh masuk Syurga tapi disebabkan dosa tak tutup aurat tadi terpaksa dihumban ke Neraka Allah, na'uzubillah.




Kalau seorang isteri tidak menutup aurat, suami juga mendapat saham dosa. Kalau anak tidak menutup aurat maka emak dan bapanya juga tercalit dosa. Kalau teman sekerja tidak menutup aurat, maka kita yang dok pandang dia hari2 tu pun akan mandapat dosa. Jadi kesannya ibarat penghisap rokok...mudarat dan memudaratkan bukan saja diri sendiri tetapi menusia di sekeliling.




Kalau berniaga, tak kanlah kita nak rugi berterusan begitu kan? Jom kita sama-sama dapat untung. Dan majukan lagi perniagaan itu.




Insaflah kita semua !!





@@@

Friday, May 28, 2010

Tanyalah Ustaz TV9


Rancangan Tanyalah Ustaz siaran TV9 pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad secara langsung pada pukul 7-8 pagi sangat bermanafaat untuk seisi keluarga. Penyampainya di pilih dan disaring dari barisan Ustaz dan pendakwah berwibawa masakini yang berilmu dan jelas cara penyampaiannya. Tajuk-tajuk yang ditetapkan setiap minggu juga sangat menarik dan relevan. Slot panggilan dari penonton di rumah dan pertanyaan melalui email juga mendapat sambutan hangat. Jom Tanyalah Ustaz !!

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...