SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Friday, May 28, 2010

Tanyalah Ustaz TV9


Rancangan Tanyalah Ustaz siaran TV9 pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad secara langsung pada pukul 7-8 pagi sangat bermanafaat untuk seisi keluarga. Penyampainya di pilih dan disaring dari barisan Ustaz dan pendakwah berwibawa masakini yang berilmu dan jelas cara penyampaiannya. Tajuk-tajuk yang ditetapkan setiap minggu juga sangat menarik dan relevan. Slot panggilan dari penonton di rumah dan pertanyaan melalui email juga mendapat sambutan hangat. Jom Tanyalah Ustaz !!

Wednesday, May 19, 2010

Ceramah Perdana May 2010


Majlis Ilmu yang penuh manafaat bertamu lagi untuk disahut insan2 yang hauskan secawan ilmu dan amal untuk bekalan menempuh perjalanan dunia. Dengan harapan mendapat petunjuk dan rahmat Allah agar tidak sesat atau melencong ke destinasi yang salah. Iaitu untuk mencapai redha Allah jua. Semoga majlis ilmu ini seperti biasa akan mendapat kunjungan dan perhatian para malaikat Allah yang mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan kepada para hadirin pencinta ilmu Allah. Justru luangkan masa berharga anda. Tandakan di kalendar anda akan temujanji penting ini.
@@@

Wednesday, May 05, 2010

Islam Sebagai Agama Fitrah

Islam adalah agama fitrah yang tidak bertentangan dengan naluri semulajadi kejadian manusia. Segala sesuatu yang dianjur dan ditegah oleh Islam ini adalah kena dan tepat dengan fitrah manusia mengambilkira segala kelemahan dan kekuatan manusia itu. Tidak bercanggah dengan nafsu manusia. Kalau kita tidak faham ajaran Islam itu, maka ia bakal membawa kepada silap faham. Banyak silap faham telah berlaku. Sebab itulah kepentingan menuntut ilmu adalah sangat penting dalam Islam. Supaya kita faham, difahamkan, dan memahami untuk kita memahamkan orang lain pula.

Islam fobia adalah mental block yang memberi gambaran buruk tentang Islam secara stereotype atau menyeluruh, sedangkan Islam fobia ini sepatutnya di ubah kepada positif iaitu kesedaran tentang kecantekan Islam itu sendiri di mata dunia. Kerana Islam itu selari dengan fitrah manusia. Islam menggalakkan perkahwinan kerana naluri manusia ialah memerlukan pasangan, tidak sebagaimana yang di amalkan oleh paderi Kristian atau sami Budha yang di tegah dari memiliki pasangan. Ia sangat menyiksakan kerana ianya sangat bertentangan dengan naluri semulajadi manusia. Akibatnya banyak terjadi kes paderi atau sami yang terlibat dengan perlakuan sex secara sembunyi.


Begitu juga dengan perlakuan sex bebas yang diamalkan secara berleluasa sedangkan Islam sangat menganjurkan perkahwinan dan bagi yang mampu boleh mengambil isteri sehingga 4 orang kerana di sana ada keperluan dari segi naluri dan nafsu manusia itu sendiri.

Allah Maha Pencipta sudah tentu arif dengan sifat-sifat kejadian manusia ini dan menyediakan penyelesaian pada segala permasalahan, termasuklah soal keperluan sex dan kekeluargaan ini. Begitu juga dengan hukum-hakam dan undang-undang, tiada yang lebih baik melainkan yang terkandung dalam kerangka peraturan dan undang-undang Islam. Contohnya sistem yang berasaskan riba yang menjadi standard dunia masakini tetapi di tegah oleh Islam, nyata membawa mudharat sebagaimana terbukti dalam kegawatan ekonomi yang berlaku termasuklah lumpuhnya ekonomi negara besar seperti USA dan UK. Hinggakan sistem perbankan Islam sudah menjadi sistem yang sangat popular kini termasuklah di negara barat sendiri. Di mana pengamal ekonomi sudah nampak kebaikan dan kelebihannya berbanding dengan sistem ekonomi yang berasaskan riba.

Maka benarlah Islam itu agama fitrah, bukan hanya mengajar manusia soal-soal ibadah khas semata tetapi merangkumi lebih jauh iaitu keseluruhan hal-ehwal kehidupan termasuklah soal akhlak, rutin harian, kekeluargaan, muamalat, ekonomi, jenayah, dan politik.
@@@

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...