SURAU FIKIR

Belajar Tanpa Berfikir Itu Sia-Sia
Dan Berfikir Tanpa Belajar Itu Bahaya !

Tuesday, February 27, 2007

Buletin Surau Pernec No 6

*** ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻭﻡﻼﺴﻟﺍ ***

Buletin Surau Pernec edisi keenam merupakan edisi mukaddimah tahun 2007 Masihi dan tahun 1428 Hijriah. Menemui Warga Pernec yang di hormati sekelian dalam semangat Azam Baru Tahun Baru dalam lingkungan tahun baru masihi dan sambutan Maal Hijrah. InsyaAllah kita akan menjadi manusia yang bukan sekadar Hamba Allah yang lebih bermutu malah kita adalah Khalifah Allah yang memimpin (leads the way) dan bukan sekadar dipimpin (followers). Kita mahu menjadi insan kelas pertama yang mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kita dambakan sebuah wawasan yang jelas iaitu menuju keredahaan Allah agar layak kita mewarisi Syurga Firdaus dipenghujung segalanya.
Buletin Surau Pernec kali ini akan membicarakan topik berkaitan formula pembinaan insan kelas pertama sempena sebuah seminar oleh Dr Danial Zainal Abidin yang dianjurkan pada 27 Jan lalu di UIA. Seramai sepuluh peserta dari Pernec telah berpeluang menyertainya. Kita juga akan menyentuh agenda membina pasukan cemerlang atau Building Team Excellence (BTE) iaitu sebuah program terkini dalam konteks modul latihan skil kepimpinan dari Focus Learning yang melibatkan barisan pengurusan Pernec. Selari dengan keperluan perubahan semasa. Dimana kita semua warga Pernec sekelian harus bersedia menempuhi segala cabaran dan kemungkinan dengan penuh rasa tanggung jawab, semangat berpasukan, persediaan intelek, minda dan fisikal.

Buletin keluaran lalu banyak membicarakan persoalan Haji menjelaskan kepada kita hikmah dan falsafahnya. Kita dapat memahami syarat-syarat wajib haji, rukun dan wajib haji, jenis-jenis haji beserta larangan-larangan sepanjang kita melakukan ibadah haji ini. Buletin kali ini memaparkan kisah benar pengalaman jemaah haji Pernec di Tanah Suci sebagai kesenambungan dalam topik ibadah Haji yang penuh hikmah dan praktikal itu. Ia sebagai pencetus semangat dan penanam azam bakal-bakal haji yang lain untuk mengorak langkah menuju destinasi Haji sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam dan seruan Illahi.

Kita juga disibukkan dengan urusan persekolahan anak-anak. Banyak perbelanjaan yang dihabiskan demi memenuhi segala keperluan seperti buku-buku, alatulis, pengangkutan, pakaian, pelbagai yuran, dan makan minum. Itulah proses yang rutin di lalui oleh insan yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Warga Pernec yang masih belum berumahtangga atau mempunyai anak-anak yang masih kecil mungkin masih belum melalui suasana dan kehangatan musim permulaan persekolahan ini. Pendek kata hidup berkeluarga menguji kepimpinan dan kepertanggungjawaban kita sebagai ibu bapa dalam memegang amanah Allah mendidik dan membesarkan anak-anak.

Marilah kita sama-sama menanam azam untuk berjaya dalam urusan kita di sepanjang tahun ini. Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang dipuji Allah, yang tinggi darjat dan makamnya mengikut piawaian yang di tetapkan Allah di dalam Al Quran. Sudah pasti inilah golongan kelas pertama yang hendak kita contohi iaitu golongan Al-Mukminuun, golongan Ibadur Rahman, dan golongan Ulul Albab. InsyaAllah Buletin kali ini akan cuba menjelaskan ciri-ciri yang ada pada golongan terbaik ini. Akhirnya kita doakan agar Pernec akan terus maju jaya selari dengan visi dan misi organisasi. Juga empat bisnes teras baru yang bakal mencorakkan masa depan dan kewujudan Pernec itu sendiri, sebagai paltform punca rezeki kita warga Pernec sekelian. ###

LEWAT SOLAT

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ni yea .... Jika berpuasa, amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya. Kisahnya... Setiap kita ada malaikat yang hantar amalan sembahyang pada Ilahi dan untuk sampaikan amalan kita ia melalui hentian tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol, adalah kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu sekatan tol tiada, free, & tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan. Tetapi jika sembahyang di akhir waktu sekatan tol nya masyaAllah. Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan, tetapi penjaga langit pertama tidak peduli. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka... jatuh berderai… Dikutip semula oleh malaikat posmen kita, satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi kawan kita, tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi… Begitulah berterusan.
Maka… Tak sampailah amalan kita kepada Allah, seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.

Ya Allah!!! Ampunkan kami kerana lalai!!! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan solat. Biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi di hari Akhirat kelak. Amiiin @@@

Kalimah Suci Di Langit Mina
12 Zulhijjah 1427 H

Hatiku masih disitu, terpaut pada indahnya masjid Nabiku Masjid Nabawi dan tenang dan syahdunya MasjidilHaram. Istimewanya Masjid Nabawi dengan adanya Makam Rasulullah dan Raudhah di dalamnya. Indah sungguh Raudhah itu sesuai dengan ertinya “Taman Syurga”. Keharuman karpet hijau di dalam Raudhah dan ukiran penuh berseni dan istimewa pasti membuatkan pengunjungnya akan sentiasa merinduinya.Manakala di dalam Masjidilharam pula tersergam Ka’abah yang selama ini menjadi kiblat kita dalam setiap solat. Tak puas aku menatap Ka’abah, tenang dan berdiri megah lambang keagungan Allah swt. Menatapnya sahaja sudah ada anugerah pahala dari Allah.

Rindunya aku pada dua kota Haramain itu Madinah Munawwarah dan Mekah Mukarramah. Doa tak putus ku panjatkan pada Allah agar aku dan suami dapat kembali ke situ. Perjalanan ku selama 46 hari dirasakan terlalu singkat dan hingga hari ini hatiku masih terpaut disitu…

Syukur kehadrat Ilahi, kunjungan aku dan suami buat kali pertama ke Mekah dikurniakan Haji Akbar yang mana hari wukufnya iaitu 9 Zulhijjah 1427H jatuh pada hari Jumaat. Namun Ustaz yang membimbing kami selalu mengingatkan Haji Akbar itu memang anugerah Allah tapi selalunya akan datang dengan ujian yang berat juga. Pengalaman Ustaz yang lepas-lepas semasa haji Akbar pernah terjadi kebakaran di khemah Mina dan banjir di Mekah.

Namun Alhamdulillah perjalanan haji pada tahun ini agak lancar dan tiada tragedi yang menimpa. Tempat jamrahnya dinaik taraf kepada dua tingkat dan laluan satu hala sudah mula dipraktikkan. Tambahan pula sudah ada jadual melontar mengikut negara masing-masing. Ikut saja arahan pihak berwajib, insyaAllah urusan pun dipermudahkan.

Kalimah “Rabbi Yassir Wala Tu’assir” kalimah azimat yang tak lekang di bibirku. Memang itu kalimah azimat, semacam ada kepungan dan ada laluan tersedia untukku terutama ketika bersesak-sesak keluar masjid, ketika tawaf, ketika merentas ribuan manusia hendak ke Hijir Ismail dan ketika berjuang untuk mengucup Hajar Aswad.

Wukuf di padang Arafah sememangnya pengalaman yang amat aku hargai. Hati sungguh tersentuh dengan syahdunya zikir dan alunan doa yang dibaca bersama Mutawwif. Deraian airmataku tak tertahan lagi. Namun sebak yang teramat sangat dirasakan tatkala berada di luar khemah Arafah waktu doa dibacakan pada saat matahari di langit Arafah mulai terbenam sedikit demi sedikit menandakan berlalunya waktu Wukuf pada 9 Zulhijjah 1427H.

Doaku, Ya Allah bawalah aku kembali lagi ke bumi Arafah, aku rindu…

Namun pengalaman di khemah Mina pada hari Tasyrik 12 Zulhijjah 1427H benar-benar akan terpahat di ingatan kami. Tengahari itu langit Mina amat cerah sekali seakan meraikan hamba-hamba Allah yang berkumpul di bumi Mina pada hari itu. Di luar khemah aku terpandang satu kumpulan jemaah lelaki sedang berkerumun sambil mendongak ke langit. Dengan perasaan ingin tahu aku dan jemaah-jemaah wanita segera berkumpul di luar khemah.

Bila aku amati ternampaklah kumpulan awan yang membentuk kalimah suci berangkai di langit yang tertulis “ ﻻ ﺇﻟﮫ ﺇﻻ ﺍﷲ (Lailahaillallah), ﺍﷲ (Allah) dan ﻤﺤﻤﺪ (Muhammad)”. Semakin ramai jemaah berkumpul di luar khemah asyik memerhati kalimah-kalimah di langit. Bisikan “Subhanallah, MasyaAllah, AllahuAkbar” bermain di bibir jemaah-jemaah yang terlalu gembira dengan anugerah itu. Terlalu sebak dan gembira begitulah perasaan hatiku pada saat itu.

Selang beberapa minit kemudian kumpulan awan pertama mulai hilang bentuknya dan terbentuk pula kumpulan awan kedua di bahagian lain dengan kalimah “ﻴﺲ “(Yaasin) dan satu bahagian lagi kalimah ” ﺍﷲ “ (Allah). Begitulah selang berganti pertunjukan kalimah suci di langit Mina selama lebih kurang 30 minit sebelum azan Zohor berkumandang. Tiada kata yang dapat diucapkan lagi melainkan pujian-pujian kebesaran untuk Maha Pencipta.

Ya Allah kami akui kebesaran Mu ya Allah, kami bersyukur dengan anugerah Mu.

Coretan:
Jemaah Maktab 89
Khemah Wadi Muhassir
Mina

Luasnya NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:
· “ Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
· Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
· Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
· Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
· Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
· Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu? Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
· Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
· Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
· Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
· Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
· Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
· Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
· Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
· Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
· Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
· Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... @@@


Insan Kelas Pertama

Golongan yang dipuji Allah ialah golongan yang tinggi darjat dan makamnya, mengikut piawaian yang ditetapkan Allah. Sudah pasti inilah golongan kelas pertama yang hendak kita contohi. Antara golongan yang dipuji Allah dalam al-Quran ialah:

· Golongan al-Mukminun
· Golongan Ibadur Rahman
· Golongan Ulul Albab

Antara ciri yang menghiasi golongan al-Mukminun sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah al-Mukminuun ayat 1-11:

“Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak dicela. Barang siapa mencari selain daripada itu, maka mereka itulah yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat (yang dipikulnya) dan memelihara janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal dalamnya.”

Ciri-ciri Ibadur Rahman adalah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah al-Furqan ayat 63-76 yang bermaksud:

“Dan hamba-hamba ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka menjawab dengan perkataan baik. Dan orang yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. Dan orang-orang yang yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, jauhkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.’ Dan orang-orang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain berserta Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa yang melakukan demikian, akan mendapat balasan dosanya. (Yakni) akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat. Dan mereka orang-orang yang tidak menyertai majlis dusta, dan apabila mereka bertemu dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. Dan orang-orang yang berkata: ‘Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di dalam syurga itu. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”

Ciri-ciri Ulul Albab adalah berdasarkan firman Allah yang terdapat dalam surah Ali Imran ayat 189-190 yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.”

Ciri-ciri Kritikal Insan Kelas Pertama

Sebagai rumusan daripada ayat-ayat di atas, antara ciri kritikal yang perlu menghiasi insan kelas pertama ialah:

  • Menguasai ilmu naqliah dan akliah.
  • Memiliki kompas iman serta akidah yang sejahtera.
  • Jelas wawasan menuju akhirat.
  • Memelihara hubungan dengan Allah melalui amal soleh yang berkualiti terutamanya dalam bentuk solat, zikrullah dan doa.
  • Menjauhi serta tidak subahat dengan dosa, kemungkaran dan maksiat.
  • Sentiasa bersedia untuk berubah demi kebaikan serta selalu bertaubat.
  • Memelihara integriti serta amanah.
  • Mementingkan pembinaan keluarga yang taat kepada Allah.
  • Berakhlak, memlihara lidah serta memelihara hubungan baik sesama manusia.
  • Bersikap sederhana dalam hidup terutama dalam aspek perbelanjaan.
  • Bijak mengurus masa.
  • Memiliki minda pemimpin dengan menjadikan diri sebagai contoh yang layak dihormati dan diteladani di mana saja.

Apabila ciri-ciri ini menghiasi diri seseorang, dia akan menjadi seorang yang mementingkan ilmu serta suka mengkaji dan melakukan analisis secara logikal sekali gus meningkatkan intelligence quotient (I.Q.) atau darjah kecerdasan otaknya. Pada ketika yang sama, dia juga mampu mengawal emosi serta mempunyai kemahiran interpersonal yang positif. Hal ini dikenali sebagai emotional intelligence (E.Q.) atau kepintaran emosi. Tambahan daripada itu aspek spiritual akan dipandang penting dan dengan itu agama menjadi paksi penting dalam hidupnya sekali gus meningkatkan spritual quotient (S.Q.) kepintaran spiritualnya.

Formula I.S.L.A.M

Ciri-ciri khusus yang dinyatakan di atas dapat dirumuskan dalam bentuk satu formula pembinaan insan kelas pertama. Formula itu ialah Formula I.S.L.A.M. iaitu singkatan kepada:
· Ilmu
· Sikap
· Ledak
· Agama
· Mahir

ILMU
Ilmu dikuasai melalui penguasaan dua ayat, iaitu, pertamanya, menguasai ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta.
Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, “Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”
Selepas penguasaan ayat al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai ialah ayat-ayat yang tersembunyi di alam semesta. Ayat-ayat ini merupakan tanda serta bukti tentang kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Untuk mencapai tujuan ini umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Antara ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, “Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”
Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam mampu:
· Membezakan akidah/kepercayaan yang benar dan yang sesat
· Membezakan yang hak dengan yang batil
· Membezakan yang halal dengan yang haram
· Membezakan yang sah dengan yang batal
· Mengetahui keutamaan-keutamaan dalam hidup
· Mengenali kehebatan Islam melalui ilmu semasa
· Membuat perbandingan antara Islam dengan falsafah hidup lain.

SIKAP
Menekankan kepentingan sikap untuk cemerlang. Antaranya yang akan ditekankan ialah:
· Amanah
· Ikhlas
· Sabar dan Cekal
· Rajin dan Tawakkal
· Konsisten
· Tawaduk
· Penyantun
· Tolong-menolong
· Berlapang Dada

LEDAK
Allah mahu umat Islam menjadi imam (pemimpin). Justeru itu umat Islam perlu meledakkan Islam pada diri mereka. Dan meledakkan kebenaran Islam kepada orang lain dengan memimpin dan membimbing mereka kepada kebenaran. Kita perlu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

AGAMA
Tanpa Agama manusia akan hidup seperti haiwan malah mungkin lebih sesat daripada itu. Terdapat beberapa aspek tentang agama yang perlu difahami:
· Memahami Islam daripada sumber yang sahih lagi autentik. Asas-asas agama tidak boleh dibina berasakan hadis-hadis daif dan seumpamanya.
· Iman adalah asas yang utama.
· Amal salih menyempurnakan iman.
· Takwa Penentu kemuliaan
· Wawasan hasanah iaitu menuju redha Allah untuk mewarisi Syurga Firdaus.

MAHIR
Antara kemahiran yang diperlukan ialah dalam aspek komunikasi, pengurusan masa dan interpersonal (E.Q.)

Kemahiran Komunikasi
· Sentiasa bercakap benar
· Menjauhi tutur kata yang haram
· Menjauhi perbantahan dalam perbincangan
· Berfikir sebelum bercakap
· Mengamalkan apa yang dikatakan
· Berlemah lembut dan lunak dan bukannya menengking atau mengherdik
· Menggunakan bahasa yang mudah difahami
· Menjadikan komunikasi sebagai alat mengajak manusia kepada kebenaran.
· Menjadi pendengar yang bijak.

Kemahiran Pengurusan Masa
· Laburkan masa untuk merancang
· Tentukan matlamat
· Tentukan keutamaan
· Tuliskan senarai perkara perlu dibuat
· Bersikap fleksibel
· Tentukan masa produktif anda
· Lakukan perkara yang betul
· Hapuskan kerja-kerja yang mendesak (urgent but not important)
· Ketepikan tugas secara bijak (delegasi)
· Jangan jadi sang sempurna (jauhi waswas)
· Hancurkan sikap suka menangguhkan kerja
· Belajar untuk berkata tidak
· Anugerahi diri anda (cari masa untuk bersantai)

Kemahiran Interpesonal
Kemahiran ini penting kerana hubungan dan interaksi sesama manusia tidak dapat dielakkan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, nabi berpesan, “Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”
Sikap memuliakan orang lain melambangkan iman yang tinggi. Bersikap sombong dalam pergaulan akan menempah kebencian orang lain. Tahu menghargai sumbangan dan jasa orang lain adalah sifat insan berjiwa besar. Jika ia dilakukan dengan cara yang betul, ia mampu meransang orang lain ke arah kebaikan. Di samping itu, sikap bertimbang rasa, bertolak ansur serta tidak mementingkan diri sendiri juga adalah penting untuk mengelokkan hubungan sesama insan. Apabila sifat-sifat ini menghiasi individu-individu dalam sesebuah organisai, ia menjadi seperti baja yang menyuburkan. Ia akan melahirkan satu pasukan yang mantap.

John C.Maxwell, pengarang buku Developing The Leaders Around You berkata “Kemahiran interpersonal berkait rapat dengan sifat tidak mementingkan diri sendiri, mampu memahami kehendak manusia dan sentiasa mementingkan pergaulan yang baik sesama insan. Sikap kita terhadap orang lain menentukan sikap orang lain terhadap kita. Pemimpin yang cemerlang memahami kepentingan perkara ini.”
Jadi sebagai penutup, dengan memahami serta penghayatan formula ini diharapkan kita akan menjadi umat kelas pertama. Inilah yang Allah kehendaki dari kita. Dalam surah Ali Imran ayat 110 Allah berfirman, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” @@@

Building Team Excellence

Tujuan program Building Team Excellence (BTE) kelolaaan FocusLearning anjuran PAC ini di adakan ialah untuk;

· Menghayati halatuju strategik Pernec dalam konteks misi, visi, strategi, dan ekspetasi pihak pengurusan mengendalikan cabaran dalam bisnes.
· Memahami kepentingan membimbing staf bawahan dalam situasi bisnes yang semakin mencabar.
· Memahami dan mengaplikasikan pelbagai jenis, stail, dan teknik kepimpinan di tempat kerja.

Antara stail kepimpinan yang popular dan efektif ialah Tegas dan Lembut yang boleh di gambarkan seperti berikut;

TEGAS
· T – Tunjuk ketegasan anda (Be firm)
· E – Elak pilih kasih (Avoid double standard)
· G – Guna saluran kerja yang betul (Use the right channel)
· A – Akur pada peraturan dan polisi kerja (Obey to all rules and policy)
· S – Sentiasa konsisten dalam tindakan anda (Be consistent in our action)

LEMBUT
· L – Luangkan masa bersama pekerja (Spend time for your staff)
· E – Empati dan endah (Emphatise and care – show your concern)
· M – Minta pandangan orang bawahan (Seek subordinates’ opinion)
· B – Boleh diajak berbincang (Be open to discussion)
· U – Ungkapan bahasa yang sedap didengar (Use pleasant language)
· T – Tegas (Firm)

Komponen yang paling penting dalam membina pasukan cemerlang ialah membina kepercayaan. Formula membina kepercayaan (Building trust) menggunakan HATI dan BUDI diringkaskan seperti berikut;

HATI
· H – Hormat (Respect – respect others as team members)
· A – Ambil Berat (Take Care – Care about personal, work, families, and problems of team members)
· T – Tunjuk (Show/Coach – Coach any team member who needs coaching, counseling and guidance)
· I – Ikhlas (Sincere – Our action can be perceived as sincere or not by other team members, depends on how commited we are trying to fulfill what we have promised to do)

BUDI
· B – Berbudilah pada pengikut anda (Be good to our team members, do not matter who they are, then they will remember us as good person)
· U – Untukkan masa bagi membangun pengikut (Spare and spend time for our team members to advice and seek advice in order to improve our life together)
· D – Didik pengikut anda agar mereka lebih baik dari anda (Coach them until they are better than you. Take the spirit of teachers, they never would like to see their students fail in education)
· I – Ikhlas (Again, sincerity is important to plant good deeds in our action)

Wasiat Terakhir Mak Bedah

Selepas beberapa hari ditempatkan di wad ICU HKL keadaan Mak Bedah semakin beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang melawat Mak Bedah yang merupakan salah seorang ahli khariah mukimnya. Bersama isterinya Jenab, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu.

Mak Bedah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Jenab dengan mulut terkumat kamit. Jenab mendekati Mak Bedah sambil mendekatkan telinga ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Bedah.

Tetapi tiba-tiba mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Bedah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua ada menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Bedah. “Tentunya Mak Bedah mahu menulis wasiat,” getus hati kecilnya. Nafas Mak Bedah semakin sesak dan akhirnya terhenti sebelum menulis ayat terakhirnya. Demi menghormati jenazah Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Bedah.

Keesokannya selepas jenazah selamat disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Bedah dan menyatakan Mak Bedah sempat menulis wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Bedah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Bedah semalam dan memakai cermin matanya.

Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya yang terketar-ketar. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilek tersebut. Anak sulong Mak Bedah si Rezal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya. Wasiat itu berbunyi, “Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua !!”.

Kesimpulan - Ada mesej yang tak patut ditangguh untuk dibaca.

~ Manusia dan Hidup di Dunia ~
Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad pernah memegang bahu saya lalu beliau berkata, “Jadilah saudara di dunia ini ibarat orang asing yang berada dalam sebuah tempat ataupun pengembara yang masih berada dalam perjalanan.”
Selepas itu, Abdullah bin Umar pula berkata:
· Apabila saudara berada pada waktu petang, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba waktu pagi.
· Apabila saudara berada pada waktu pagi, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba waktu petang.
· Gunakan waktu saudara masih sihat dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan yang saudara tidak mampu lakukan semasa saudara sakit.
· Gunakan waktu saudara masih hidup dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan yang saudara tidak mampu lakukan selepas saudara mati.

Abu Sa’id al-Khudri berkata, Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, ”Barangsiapa di kalangan saudara ternampak perkara yang dilarang oleh Allah, beliau perlu membetulkannya dengan menggunakan tangannya. Apabila tidak berdaya, gunakan lidahnya. Apabila itupun tidak berdaya, betulkan dengan menggunakan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.”

~ Iman Nawawi ~
Nama sebenar iman nawawi adalah abu zakaria yahya bin sharaf al-nawawi. Beliau dilahirkan di kampung bernama nawa, tidak jauh di luar kota damsyik di syria, pada tahun 631 hijrah bersamaan tahun 1233 masihi. Gelaran nawawi adalah sempena nama kampungnya, nawa. Beliau membesar di nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di damsyik dan tinggal di sana. Awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang amat diminati.
Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam beberapa mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu.
Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya nawa, dan meninggal dunia di situ pada usia 46 pada tahun 676 hijrah bersamaan 1278 masihi. Sepanjang usianya, beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama. Antara karya-karyanya yang terkenal ialah: riyad al-salihin, sharah shahih muslim, al-adhkar & al-minhaj.

Thursday, January 04, 2007

Buletin Surau Pernec #5

*** ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻭﻡﻼﺴﻟﺍ ***

Buletin Surau Pernec edisi kelima merupakan edisi penutup tahun 2006, menemui Warga Pernec yang di hormati sekelian dalam suasana sinar Syawal yang menyusuli ibadah puasa bulan Ramadhan dan Ibadah Haji yang sinonim dengan kedatangan bulan Zulhijjah.

Bagaimana? Berjayakah 30 hari menjalani kursus intensif Ramadhan tempoh hari menghasilkan perubahan pada diri? Apakah tawaran super-mega Ramadhan disambut dan bersambut. Berjaya atau kecundang lagi? Tidak semua berjaya dan ramai pula yang kecundang. Ramai yang tidak dapat diubah oleh puasa mereka. Puasa dan tidak puasa sama sahaja, bahkan kadang-kadang lebih teruk. Ramai yang berpuasa tetapi gagal menunaikan solat fardhu dengan baik. Bahkan ada yang langsung tidak mengendahkan dan menghormati Ramadhan. Adakah orang yang tewas layak meraikan hari kemenangan? Jika kita tergolong di kalangan mereka ini, maka pemergian Ramadhan dan kedatangan Syawal sewajarnya disambut dengan tangisan penyesalan, bukannya senyum tawa kegembiraan.

Namun ramai juga yang berwajah baru. Kerana Ramadhan telah menukarkan sikap dan tabiat lama kita yang tidak sejiwa dengan ajaran Islam. Semoga puasa kita tahun ini berjaya menjadikan kita orang yang menjaga solat, memenuhi masjid, menghadiri majlis ilmu, menjaga aurat, menunaikan tanggungjawab dan bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Jangan pula Ramadhan baru melangkah kakinya, budaya kurang sihat atau kefasikan mula melanda. Ya Allah, peliharalah puasa dan amalan kami dari gugur seperti gugurnya daun kering di musim luruh.

Kita gembira sepanjang Syawal dengan alunan takbir yang bergema memenuhi pelusuk angkasa diiringi dengan ungkapan tauhid dan puji-pujian bersama budaya ziarah- menziarahi yang pastinya dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan keharmonian. Kita gembira dengan hiburan yang murni, jauh dari sebarang unsur maksiat dan unsur yang melalaikan. Kita telah menyambut hari raya di sepanjang Syawal yang lalu sebagai meraikan hari kemenangan dan kita pohon keredhaan Allah. Majlis Raya Pernec pada 18 Nov berlangsung penuh meriah. Aneka juadah ada, dari kambing panggang hinggalah ke alunan lagu-lagu dari Nazri Raihan menyerikan ratusan warga Pernec dan para tetamu.
Kini kita berada di bulan Haji, bulan Zulhijjah di mana ada 26,000 jemaah dari Malaysia antara jutaan umat Islam yang telah terpilih menjadi tetamu Allah, dan sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci. Buletin Surau Pernec kali ini akan banyak membicarakan topik Haji ini, agar jelas kepada kita apakah hikmah dan falsafahnya. Di samping itu kita dapat pula memahami syarat-syarat wajib haji, rukun dan wajib haji, jenis-jenis haji beserta larangan-larangan sepanjang kita melakukan ibadah haji ini. Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demonstrasi atau pengisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demonstrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun golongan kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.


Pada 10 Zulhijjah bersamaan dengan hari terakhir tahun 2006 iaitu 31 Disember, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha yang menggamit pengurbanan yang ikhlas dari sanubari bagi menuntut keredhaan Allah, sebagai mana yang di ukirkan dalam sejarah Nabi Ibrahim dalam mengurbankan anaknya Nabi Ismail kerana mematuhi perintah Allah. Bagi kita yang mampu seeloknya meneruskan ibadah qurban samada lembu, kambing atau unta pada setiap tahun. Sesungguhnya kepuasan akan terpancar pada setiap pengurbanan yang hakiki dan terbaik pada kehidupan yang fana ini demi mencapai redha Illahi. Ruh pengurbanan itu mestilah dihayati dengan total sebagai sebuah ibadah yang di tuntut dan bukan hanya sekadar mengikut adat atau kebanggaan.

Kami dari AJK Surau Pernec sekelian mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh warga muslim Pernec dengan iringan doa semoga Allah menerima segala ibadah solat, puasa, qiam, haji, umrah, sedekah, zakat dan segala amal kebajikan yang sama-sama kita lakukan sepanjang tahun 2006 ini. Kita juga berdoa semoga digolongkan dalam golongan hambaNya yang mendapat pembebasan dari api neraka. Tidak lupa juga untuk sama-sama kita doakan agar Allah menganugerahkan kemenangan yang gemilang dan terbilang kepada Islam dan umatnya. Amin. Selamat menyambut Aidil Adha dan menempuh tahun 2007 dengan iltizam dan jatidiri padu hanya kerana Allah. @@@

IBADAH HAJI
Haji ialah perlakuan ibadah yang diakui syarak mengandungi niat dan perbuatan, khusus dilakukan di Mekah dalam beberapa bulan tertentu, bagi memenuhi perintah Allah dan mencari keredaanNya. Ia merupakan syariat agama yang utama yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s. Fardu Haji diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kesembilan Hijrah (S.Sabiq 1:625). Pengsyariatannya diperkuatkan dengan dalil Al-Quran, Al Sunnah dan Al-Ijma', menjadikan salah satu rukun Islam yang lima, mengingkari kewajipan dan segaja menggalakkan boleh membawa kufur dan terkeluar dari Islam.

Syarat Wajib Haji

Dalil daripada Al-Quran di antaranya dalam surah Ali Imran, 3: 96& 97 yang bermaksud :
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah(Mekah) yang diberkahi dan menjadi peruntuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (diantaranya) Maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia;mengerjakan haji adalah kewajipam manusia terhadap Allah; iaitu (bagi) orang yang sanggup (mampu) mengadakan perjalanan kepadanya. Barangsiapa yang kafir (engkar terhadap kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (ini)".
Lihat juga Surah al-Hajj, 22:26&27.

Dalil al-Sunnah dijelaskan dalam satu hadis yang bermaksud:
"Islam itu dibina di atas kekuatan lima perkara, diantaranya ialah haji".
Selain al-Quran dan Al-Sunnah, kewajipannya juga disepakati oleh para ulama" dari dahulu hingga sekarang. Ibadah haji juga adalah sebahagian daripada sebaik-baik amalan seperti dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang apakah dia sebaik-baik amalan, Baginda menjawab: “beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian jihad fisabilillah, seterusnya hajinya mabrur.”
Ibadah haji juga boleh menghapuskan dosa-dosa dan mengembalikannya bersih seperti ia masih kecil; ia juga merupakan jihad, perutusan Allah yang setiap doa dan istighfarnya diterima Allah, dan yang paling utama ialah balasan bagi orang yang mendapat haji mabrur ialah syurga (S.Sabiq, 1:627)


Haji bukan ibadah yang menjadikan seseorang itu merasa malu jika tidak menunaikannya. Ia juga bukan ibadah pelancongan untuk menunjukkan diri ke Baitullah, sebab dengan solatpun boleh mengarahkan diri mengadap ka'abah. Pada hakikatnya ibadah haji mempunyai hikmah dan falsafahnya yang tersendiri yang cukup dalam dan sangat bermakna dalam kehidupan umat Islam.

Ibadah Haji merupakan ibadah yang mengarahkan umat Islam kepada sesuatu matlamat iaitu keredaan Allah; ibadah yang menuntut keikhlasan dan pengorbanan se utuhnya, baik dari segi raga mahupun harta bendanya; ibadah yang menuntut kesatuan umat, bukan perpecahan, menyatukan diri dengan umat Islam di seluruh dunia; ibadah yang menuntut saling berinteraksi dalam usaha mendekatkan diri dalam kesatuan jama'ah muslimin yang teguh. Nikmat kesatuan tujuan, matlamat dan ukhuwah ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang yakin dan ikhlas dalam mengerjakan ibadah haji, dan faham dengan jelas konsep peribadatan dalam Islam.

Umat Islam tidak hanya semata-mata digalakkan untuk mengejar kebahagian di akhirat dengan bertawakal tanpa usaha, tetapi ia juga wajib berusaha untuk mencari kebahgiaan di dunia yang menjamin kebahgiaan di akhirat. Oleh sebab itu, ibadah haji diwajibkan ke atas mereka yang mampu. Ibadah haji memberi makna orang Islam wajib berusaha mencari kebahgiaan dunia dan akhirat. Mereka yang ingin menyempurnakan agama dengan menunaikan haji maka ia wajib mencari harta bagi membiayai perjalanan ke tanah suci Mekah. Usaha yang paling minima ialah sehingga ia mempunyai lebihan wang setelah digunakan untuk keperluan diri, keluarga dan tanggungjawabnya dan juga setelah menunaikan zakat. Ini bermakna ibadah haji mendorong umat Islam berusaha lebih kuat bagi menjamin kebahgiaan hidup dan keselesaan beribadah dengan cara yang lebih sempurna.

Iman bukan semata pengakuan lidah tetapi juga disertai dengan amal. Ibadah haji merupakan ujian, perngorbanan dan keikhlasan seorang muslim dalam mengukur keimanannya. Setelah imannya teruji dengan baik dengan melakukan solat dan sawm, pengorbanan harta seperti berzakat dan bersedekah atau infaq fisabilillah maka datanglah ibadah haji yang mengandungi kedua-dua sifat pengorbanan, yang menuntut umat islam mengorbankan jiwa raga atau fizikal untuk berusaha mencari harta dan pengorbanan wang serta seluruh kepentingannya yang lain untuk menunaikan haji. Ujian meninggalkan segala yang berbentuk keduniaan merupakan sesuatu perkara yang menguji keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah haji. Hasil keikhlasannya itu akan dapat dinikmati di dunia dengan rasa puas apabila pemergiannya itu dapat merubah sikap dan amalannya ke suatu tahap yang lebih baik dan mantap dalam kehidupannya. Itulah yang disebut mendapat haji mabrur.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demonstrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut. Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memesongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.

Syariat Islam telah menetapkan beberapa perkara yang dilarang ketika di dalam ihram. Perlanggaran terhadap larangan-larangan tersebut akan dikenakan denda yang disebut sebagai dam. Dam yang wajib dibayar itu adalah berdasarkan kepada kesalahan atau perlanggaran yang telah dibuat.
Larangan Dalam Ihram

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 - Maksudnya :
"Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Ibadah QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
• Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
• Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.



DENGKI DAN DENDAM
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang artinya: "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32).
Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah "Mengandung permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami". Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pema 'af. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa menggoda manusia.

Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sihat, ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang dan merasakan kurnia itu ada pula pada dirinya. Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan penderitaan dan mengampuni dosanya. Demikianlah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, rela terhadap ketentuan Allah dan terhadap kehidupan. Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Kerana perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati, yang dapat merembeskan iman keluar dari hati, sebagaimana merembesnya zat cair dari wadah yang bocor.

Islam sangat memperhatikan kebersihan hati kerana hati yang penuh dengan noda-noda kotoran itu, dapat merusak amal soleh, bahkan menghancurkannya. Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah, dan Allah memberkahi dan memberikan segala kebaikan kepada orang yang hatinya bersih.

Oleh kerana itu, jamaah muslimin yang sebenarnya, hendaknya jamaah yang terdiri dari orang-orang yang bersih jiwanya dan sihat hatinya, yang terdiri di atas saling cinta mencintai, saling kasih mengasihi, sayang menyayangi, yang merata, di atas pergaulan yang baik dan kerjasama yang saling menguntungkan timbal balik, di dalamnya tidak ada seorang yang untung sendiri, bahkan golongan yang semacam ini, sebagaimana di gambarkan dalam Al-Qur'an yang artinya: "Yang orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa 'Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha penyantun lagi maha penyayang". (Al-Hasyr: 10).

Apabila rasa permusuhan telah tumbuh dengan suburnya, sampai berakar, dapat mengakibatkan hilangnya rasa kasih sayang dan hilangnya kasih sayang dapat mengakibatkan rusaknya perdamaian. Dan jika sudah sampai demikian, maka dapat menghilangkan keseimbangan yang pada mulanya menjurus kearah perbuatan dosa-dosa kecil, dan akhirnya dapat mengarah kepada dosa-dosa besar yang mengakibatkan turunnya kutukan Allah.

Perasaan iri hati kerana orang lain memperoleh nikmat kadangkala dapat menimbulkan khayalan yang bukan-bukan sampai membuat-buat kedustaan. Islam membenci perbuatan demikian dan memperingatkan jangan sampai terjerumus kedalamnya. Mencegah adanya ketegangan dan permusuhan, menurut Islam merupakan ibadah yang besar, sebagaimana sabda Nabi saw yang artinya: "Maukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, shalat dan shadaqoh?, Jawab sahabat: "Tentu mau". Sabda Nabi saw: "yaitu mendamaikan di antara kamu, kerana rusaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perusak agama". (HR. Abu Daud dan Turmudzi).

Syaitan kadangkala tidak mampu menggoda orang-orang pandai untuk menyembah berhala, tetapi syaitan sering juga mampu menggoda dan menyesatkan manusia, melalui celah-celah pergaulan dengan cara merusak perdamaian diantara mereka itu sendiri, sehingga dengan hawa nafsunya yang tidak terkendalikan, mereka tersesat dan tidak mengetahui hak-hak Tuhannya, bagaikan menyembah berhala. Di sinilah syaitan mulai menyalakan api permusuhan di hati manusia dan jika api permusuhan itu telah menyala, ia senang melihat api itu membakar manusia dari zaman ke zaman, sehingga turut terbakarnya hubungan dan segi-segi keutamaan manusia.

Kita harus mengetahui bahwa manusia itu berbeza tabiat dan wataknya, berbeza kecerdasan akal dan daya tangkapnya. Kerana itu dalam pergaulan dan pertemuan di lapangan kehidupan, kadangkala mereka membuat kesempatan yang mengakibatkan perselisihan dan permusuhan. Maka Islam telah memberikan cara penanggulangan mensyari'atkan penepatan akhlak yang baik, yang membuat hati mereka luluh dan sarat berpegang kepada kasih sayang.

Islam melarang memutuskan hubungan dan berbantah-bantahan. Memang kita sering merasakan seolah-olah keburukan itu dilemparkan kepada kita, sehingga kita sering tidak mampu mengendalikan perasaan kita, yang apabila fikiran kita sempit, maka timbullah niat untuk memutuskan hubungan. Tetapi Allah tidak rela perbuatan yang demikian. Memutuskan hubungan sesama muslim dilarang, sebagaimana sabda nabi saw yang artinya: "Janganlah kamu putus hubungan, belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut. Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari". (HR. Bukhori dan Muslim).

Dalam hadits ini dinyatakan batas tiga hari, kerana pada waktu tiga hari kemarahan sudah bisa reda, setelah itu wajib bagi seorang muslim, untuk menyambung kembali hubungan tali persaudaraannya dengan saudara-saudaranya sesama muslim, dan membiasakan perilaku yang utama ini. Kerana putusnya tali persaudaraan ini tak ubahnya seperti awan hitam atau mendung apabila telah di hembus angin, maka hilanglah mendungnya dan cuacapun menjadi bersih dan terang kembali.

Ringkasnya, hendaknya orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat, bahwa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama, sepanjang hidupnya saja, bahkan mungkin sebelum itu.

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang artinya: "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu”. (An-Nisa: 32). ###


Waktu Solah – KL dan yang sewaktu dengannya
JAN Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
1-5 5.57 7.19 1.20 4.41 7.15 8.30
6-10 6.00 7.22 1.22 4.45 7.17 8.33
11-15 6.02 7.25 1.24 4.47 7.22 8.35
16-20 6.04 7.27 1.28 4.49 7.24 8.37
21-25 6.06 7.27 1.29 4.50 7.25 8.38
26-31 6.09 7.28 1.30 4.50 7.27 8.39


Perokok Handalan

Mengikut Uztaz NurSalam Al-Hafiz dalam ceramahnya di Surau Muhajirin malam minggu yg lalu, antara manafaat merokok adalah:

1. Terhindar dari gigitan nyamuk – kerana asap rokok dapat menjadi anasir pencegah nyamuk sama seperti fungsi ubat nyamuk.

2. Dapat mencegah kejadian pecah rumah – ini kerana perokok selalunya berdehem atau terbatuk hampir sepanjang malam jadi para pemecah rumah atau pun pencuri selalunya akan mengambil langkah berhati-hati kerana sangkaan yang tuan-rumah masih dalam mod sedar dan belum lena tidur.

3. Menghindari sakit tua – ini boleh di lihat dari sudut positif atau negetif kerana kebiasaannya para perokok professional selalunya menemui ajal secara mengejut akibat masalah pernafasan atau pelbagai penyakit kronik yang lain.


Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)


Tahun Baru Azam Baru
Ilmu dan Amal Kena Bersatu
Suci Hati Mulia Tingkah Laku
Pasang Niat Melangkah Maju
Kita Pacu Tegak Menuju
Keredhaan ALLAH Yang Satu


Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 maksudnya :
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


Pengertian Ilmu Tasawwuf
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
• Banyak bersabar
• Banyak menderita (yang di alami oleh jiwa)
Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1. Taubat .
2. Khauf ( Takut )
3. Zuhud
4. Sabar.
5. Syukur.
6. Ikhlas.
7. Tawakkal.
8. Mahabbah ( Kasih Sayang )
9. Redha.
10. Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1. Banyak Makan
2. Banyak bercakap.
3. Marah.
4. Hasad.
5. Bakhil.
6. Cintakan kemegahan.
7. Cintakan dunia .
8. Bangga Diri.
9. Ujub ( Hairan Diri ).
10. Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).


Majlis Hari Raya Pernec 2006
Majlis anjuran AJK Surau Pernec berlangsung pada 18 November 2006 dengan kaunter-kaunter khas disediakan termasuklah Kaunter kuih-muih/lemang/ketupat, Kaunter aiskrim, Kaunter ayam bakar, Kaunter kambing panggang, Kaunter mee/kue teaw, Kaunter Duit Raya & Pendaftaran, Kaunter Teh Tarik. Manakala jamuan nasi minyak dan lauk-pauk di meja-meja hidangan. Khemah-khemah kanopi di sediakan untuk menempatkan meja-meja VIP, meja tetamu, meja staff dan pentas utama yang dihias indah dengan lampu-lampu beraneka warna. Lebih kurang 800 pengunjung telah menyerikan majlis bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Hj Hisham Hamzah pada pukul 8:15 malam. Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, anak-anak pekerja yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR/PMR/SPM, penerima dana pelajaran Pernec, dan bakal-bakal haji. Penyampaian disempurnakan oleh YBhg Datuk Zainun Aishah Ahmad merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah dan Hj Shaharom Md Shariff, Pengarah Urusan Pernec. Hadirin juga di hiburkan dengan lagu-lagu nasyid oleh Saudara Nazeri bekas vokalis kumpulan Raihan. Majlis bersurai pada sekitar pukul 11:30 malam dengan penuh kepuasan dan kenangan. Semoga berjumpa lagi pada majlis yang serupa pada tahun hadapan. @@@

Thursday, November 09, 2006

Majlis Raya Pernec

Yes sir, AJK Surau Pernec will organize Majlis Hari Raya Pernec 2006 on Saturday 18 Nov 2006 at 8pm. Alhamdulillah seramai 9 orang AJK Majlis Hari Raya Pernec 2006 telah hadir di Bilik Rafflesia jam 2.45ptg bagi membincangkan agenda-agenda seperti berikut:-

Tugasan AJK-AJK
i. Khemah - Hj Amirhussen dan Hj Ahmad Azhar
ii. Sistem PA – Nazri Ahmad
iii. Makanan – Che Mah, Hjh Maimunah, Hjh Zuriyati, Zilhalinda, Hishamuddin, Ahmad Yaakob, Shahril, Masitah
iv. Nasyid – Hj Khalil
v. Pengurusan anak-anak yatim Nur Iman, pengangkutan bas serta duit raya anak-anak yatim & sumbangan cek - Hjh Zuriyati, Nazri Ahmad
vi. Sumbangan anak cemerlang Pernec (UPSR/PMR/SPM), Bakal Haji – Hjh Zuriyati, Amaludin
vii. Goodies, duit raya anak-anak Pernec – Hjh Zanariah dan AJK-AJK Kecil (10 orang)
viii.Hiasan pentas/Kebersihan – Mohd Yusof Ahmad dan AJK-AJK Kecil ( 3- 5 orang)
ix. Penyambut tetamu – Hj Hussen, Hjh Rugayah, Hj Ahmad Azhar
x. Pengacara majlis – Amaludin
xi. Bacaan doa – Hj Hisham Hamzah
xii. Jurukamera – Ahmad Nizam

Status persiapan
2 banner akan disiapkan awal minggu depan dengan tema “ Ramadhan semarak pekerti, Syawal penjalin ukhuwah madani” – 1 sebagai back drop dan 1 akan dipasang untuk mempromosi majlis sambutan Hari Raya Pernec 2006.

Pemasangan khemah akan dilakukan dengan penghantaran peralatan-peralatan dan pemasangan pada 16 Nov (Khamis) sekitar jam 12 t/hari.ke atas. Memandangkan jumlah khemah sekitar 28 buah serta 1 060 kerusi dan 198 meja, maka pihak AJK berpendapat adalah WAJAR, bagi kakitangan-kakitangan PERNEC yang telah meletakkan kereta-kereta mereka di dalam Perkarangan Letak Kereta dari waktu pagi agar DAPAT mengalihkan kereta-kereta mereka untuk memudahkan Kontrektor membuat pemasangan khemah sehingga selesai.

Pada keesokan harinya 17 hb Jumaat, Kontrektor akan meneruskan dengan kerja-kerja pendawaian lampu serta kipas, menyusun meja dan kerusi. Kami harap agar kerja-kerja mereka tidak terganggu dengan kereta-kereta staf yang mungkin diletakkan di bawah khemah atau rapat dengan khemah.

Persiapan –persiapan lain seperti Makanan, pengangkutan anak-anak yatim Nur Iman ke Pernec, PA sistem, Nasyid, dan sebagainya telah diberikan tugasan-tugasannya untuk diuruskan oleh AJK-AJK berkenaan.

Bajet
Permohonan untuk pembayaran cek sejumlah RM 41,120.00 iaitu untuk pembayaran pendahuluan sewa khemah, makanan, sumbangan anak cemerlang Pernec, duit raya, jemaah haji, sumbangan cek utk Nur Iman, duit raya anak yatim Nur Iman, PA sistem, Nasyid, Goodies, kos hiasan pentas, kebersihan selepas majlis dan pengangkutan anak-anak yatim Nur Iman telah pun diluluskan oleh pihak Pengurusan.

Lain-lain hal
Datuk Zainun Aishah Ahmad – menyampaikan hadiah kepada anak-anak yatim PERNEC
MD – menyampaikan cek kepada Pengerusi Asrama Nur Iman (En Mat Zuki Ali)
MD – menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang (UPSR/PMR/SPM)
MD – menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji PERNEC
En.Megat Dziauddin – menyampaikan cek kepada penuntut Dana Pendidikan Pernec

Thursday, October 05, 2006

Buletin Surau Pernec No.4

*** ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻭﻡﻼﺴﻟﺍ ***

Buletin Surau Pernec edisi keempat bagi tahun 2006 yang juga edisi khas Ramadhan menemui Warga Pernec yang di hormati sekelian. Semoga berbahagia selalu. Bulan Syaaban kini di penghujung dan Ramadhan mula bersinar. Cahaya nya menusuk jiwa hingga kan terasa benar keindahannya. Datangnya penuh barokah, rahmat, harapan dan kebahagiaan. Bertuahlah kepada yang sempat melalui dan menghayatinya. Bersyukurlah kerana diberi peluang bertemu Ramadhan. Kesempatan yang mungkin terakhir kerana tahun depan belum tentu ketemunya. Justru itu gunalah peluang yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin. Ramadhan adalah platform terbaik untuk meningkatkan jatidiri dalam beribadah dan bermunajat kepada Allah yang ampunya alam ini dan segala apa yang kita miliki. Kalau dulu kita tidak mengerjakan solat yang difardukan maka Ramadhan boleh merangsangkan kita untuk solat dan seterusnya tidak lagi meninggalkan solat. Sia-sialah ibadah puasa kita tanpa ibadah solat. Kalau dulu kita gah mendedahkan aurat maka Ramadhan boleh menjadi titik mula yang ideal untuk kita mula menutup aurat sebagaimana yang dituntut. Ramadhan juga adalah serbuk cuci yang hebat bagi menyental segala penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah seperti perasaan hasad dengki (phd), riak, takabbur, mengumpat, membazir, curi tulang, ujub, bakhil, sombong, pemarah, pemalas dan pembohong. Dan menggantikanya dengan nilai-nilai murni seperti pemurah, redha, bersyukur, penyayang, peramah, rajin, jujur, dan istiqamah. Seterusnya meningkatkan amalan di bulan Ramadhan dengan ibadah puasa yang terbaik, solat terawih, tadarrus Al-Quran, bersedekah, muhasabah diri, berzikir, qiamullail dan bermunajat kepada Allah. Selamat menyambut Ramadhan al Mubaraq. @@@

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

IBADAH PUASA
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." (Surah Al Baqarah, ayat 183)
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Tabung Palestin PERNEC
Tabung Palestin Pernec yang telah dilancarkan pada 3 Ogos lepas, telah pun berjaya mengumpul dana sebanyak RM 6,500.00. Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Pernec yang telah sudi menyumbang. AJK Surau Pernec yang diwakili oleh Setiausaha, Ketua Biro Kebajikan & Wakil Muslimat telah menyerahkan kutipan berkenaan (cek MBB 168510) kepada wakil Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Kita doakan kehadrat Ilahi semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan rakyat Palestin yang menderita angkara kekejaman rejim zionis Israel laknatullah.

Gambar diambil sewaktu penyerahan cek kepada JIM International. Yang menerima cek tersebut adalah En.Zaid Kamaruddin, Presiden JIM dan bersama-sama beliau juga adalah Tn Hj Azahari Abd Kadir, Naib Presiden JIM juga Pengerusi JIM International. Majlis berlangsung di Pejabat JIM di Tmn Melawati, Jumaat 8 Sept 2006.

Tingkatan Puasa
Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjadi tiga, yaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.
1. Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah yaitu menahan dari makan, minum dan jima'.
2. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela.
3. Puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.
Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu. Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.
Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong."
Ketika, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa. Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.
Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.
Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• Puasa hari Arafah
• Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
• Puasa bulan Syaaban
• Puasa Isnin dan Khamis
• Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA HARAM
• Puasa pada Hari Raya pertama Idil Fitri
• Puasa pada Hari Raya pertama Qurban
• Puasa tiga hari sesudah Hari Raya Qurban atau Hari Tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
• Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
Surah Al-Baqarah Ayat 184
Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hidup merupakan jambatan menuju Akhirat. Seluruh perlakuan hidup di juruskan kepada matlamat mencari keredhaan Illahi, maka sewajarnyalah setiap gerak dan langkah kehidupan itu kita jadikan sebagai wadah menunaikan tuntutan ibadah terhadap Nya. Ramadhan dijadikan sebagai bulan untuk kita berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan dan ketaatan. Ibadat sunat padanya seumpama ibadat fardhu di bulan yang lain. Dan ibadat fardhu pula seumpama 70 ibadat fardhu di bulan yang lain. Permohonan doa bagi mereka yang berpuasa juga tidak akan ditolak. Siangnya diisi dengan puasa dan malamnya dengan solat terawih dan qiam yang menjadi penghapus kepada dosa-dosa. Hari-harinya dilimpahi dengan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Bahkan di dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Siapakah yang sanggup menolak atau mensia-siakan tawaran super-mega ini ? Bukankah Allah telah menghulur bantuan dengan membelenggu syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu neraka serta membuka pintu-pintu syurga dan kebajikan ? Wahai pencari kebajikan ayuh maju, wahai pencari kejahatan ayuh mundur !!

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Program Surau – Ramadhan 1427 Kuliah Zohor : AQIDAH – 5 Oct
• Ustaz Shahrom Abu Hassan (SM Al-Amin)
Kuliah Zohor : FEQAH – 12 Oct
• Ustaz Ahmad Nazri Mansor (Jordan/UIA)
Kuliah Zohor : TASAWWUF – 19 Oct
• Ustaz Omar Saad (Batang Kali)
Kuliah Zohor : TAFSIR – 28 Sept
• Ustaz Abdul Hakam (Syariah Al-Azhar)
Kuliah Muslimat : Isnin 1:00tgh
• Ustazah Faridah Hanum Zainal Abidin
• Sirah Rasulullah & Kitab Hikam (Bergilir)
Majlis Iftar Ramadhan : 12 Oct 7-10:30mlm
Berbuka, Maghrib, Tazkirah, Isyak & Terawih

Saudara Noor Azhar Hj.Ahmad telah meletakkan jawatan di PIPM pada penghujung August 2006 untuk meneruskan kariernya nya di Damansara setelah berkhidmat selama 12 tahun di Pernec. Selamat berjaya kita ucapkan buat beliau yang juga merupakan salah seorang penggerak utama dalam AJK surau Pernec. Sebuah majlis perpisahan telah diadakan pada 12 Sept yang lalu di Kak Midah Café. Hj Hussen merangkap Pengerusi Surau Pernec menyampaikan cenderahati kepada Sdr Noor Azhar

Bulan Ramadhan Kita Bertamu
Syaitan Di Belenggu Nafsu Di Catu
Jangan Hanya Termanggu Di Situ
Ayuh Kita Pacu Menuju
Keredhaan ALLAH Yang Satu


Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

LAILATUL QADAR
Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap. Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
• Menghayati malam tersebut dengan ibadah
• Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
• Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
• Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
• Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
• Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
• Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Khutbah Nabi Menyambut Ramadhan
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."
"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."
"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya."
"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."
Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."
"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."
"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."
"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka."
"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." (HR. Ibnu Huzaimah).

Kirimkan Sumbangan Artikel ke hisha@pernec.com.my


CHECKLIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah - Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid atau surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10. Jangan tidur sesudah sahur.
11. Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
Kelebihan Yang Lain
• Menghadiri majlis ilmu - setiap langkah di beri pahala ibadah sunnah setahun.
• Mengekali berjemaah - diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
• Membuat hubungan baik dengan kedua ibu bapa - Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
• Isteri yang taat kepada suami - diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
• Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya - disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.
Mengurangkan Berat Badan
• Sebelum puasa timbang berat badan
• Berbuka puasa dengan penuh etika
• Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
• Insyallah inilah program diet yang terbaik.
Rancang Peningkatan Ibadah
• Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
• Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
• Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr:-

• Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
• Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
• Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran terutamanya Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir(Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
• Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
• Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
Selamat Tinggal Ramadhan
• Kerjakan solat Tarawikh malam terakhir
• Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

BEKALAN PUASA
- Sifat Ikhlas
- Mujadalah dan kekentalan jiwa
- Sabar
- Memelihara fizikal
- Perihatin dan belas kasihan
- Membuka hijab antara diri dengan Allah
- Mengenal erti kejayaan sebenar
- Rasa belas dan lemah lembut
- Memperkukuhkan Kesatuan Ummah
- Merapatkan hubungan dengan alam
- Menjaga masa

Sifat Ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat yang merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.
Mujahadah dan Kekentalan Jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.
Sabar
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara Fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Prihatin dan Belas Kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakar fitrah pada bula ini untuk menguatkan lagi perasaan tersbut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
Membuka Hijab Antara Diri Dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
Mengenali Erti Kejayaan Sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kajayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kajayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.
Rasa Belas Dan Lemah Lembut
Rasulullah S.A.W. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata "Aku berpuasa!" Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap lapang.
Memperkukuhkan Kesatuan Umat
Orang Islam diseluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi.
Merapatkan Hubungan Dengan Alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.
Menjaga Masa
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang yang ditetapkan.
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Tazkirah Ramadhan

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Jadual Kuliah Zohor di sepanjang Ramadhan ini di Surau Pernec ialah:-

26 Sept 2006 (Selasa) - Ustaz Mohd Fadzil (Univ Yamen & Al-Azhar)
28 Sept 2006 (Khamis) - Ustaz Hakam
3 Okt 2006 (Selasa) - Ustaz Hasbullah Mohd Ridzuan (lulusan Syariah, UM)
5 Okt 2006 (Khamis) - Ustaz Shahrom
6 Okt 2006 (Jumaat) – Ustaz Mohd Affendi Husin (Jamuan berbuka Puasa) – Tazkirah bermula jam 8.00mlm – 9.00 mlm. Ustaz adalah penceramah tetap di Radio Nasional FM, Radio Info.FM, Radio Suara Islam
12 Okt 2006 (Khamis) - Ustaz Omar Saad

Pengumuman akan disiarkan waktu pagi dan poster akan ditampal di Surau. Maklumkan kepada saudara-saudara dan saudari-saudari kita di Divisyen/Jabatan dan hadirlah bersama-sama, Terima kasih

Aftar Ramadhan

InsyaAllah hari ni Jumaat 6 Okt bersamaan dgn 13 Ramadhan, Aftar Ramadhan atau majlis berbuka di adakan di Pernec. Aturcara majlis adalah seperti berikut:-
6.45 ptg - Ketibaan Tetamu
7.05 mlm - Berbuka Puasa
7.10 mlm - Solat Maghrib
7.30 mlm - Makan Malam
8.00 mlm - Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Affendi Husin (Syariah, UIA)
(Penceramah tetap di Radio Klasik FM, Radio Suara Islam,
Radio Info FM)
9.00 mlm - Solat Isya, Solat Tarawih/Witir, Tahlil & Moreh
10.30 mlm - Bersurai

Seluruh Warga Pernec adalah dijemput !!

Thursday, August 24, 2006

Buletin Surau Pernec No.3

This is the Buletin Surau Pernec No.3 for your viewing pleassure...TQ

*** ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ ***

Warga PERNEC sekelian, Alhamdulillah kerana dapat bertemu kini dalam Buletin Surau Pernec edisi ketiga bagi tahun 2006. Banyak input dan bahan-bahan menarik telah kita terima dari warga Pernec yang prihatin sekelian. Namun tidak semua dapat kita siarkan sekali gus. InsyaAllah database Biro Penerbitan untuk karya-karya kreatif tuan puan itu akan terus berkembang. Dan akan disiarkan jua mengikut kesesuaian dan piawaian yang digariskan. Teruskan tanpa jemu untuk menyumbang bahan-bahan menarik kepada kami. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.

Nampaknya warga Pernec sekelian mampu tersenyum lebar memandangkan slip gaji bulan July ada nampak lain sedikit, in term of nett income. Mungkinkah kerana ada mendapat bonus? Ya betul. Bersyukurlah kita semua kerana Pernec sekali lagi memenuhi aspirasi kita semua dan berjaya sekali lagi memberikan kita bonus tahunan berdasarkan prestasi Syarikat pada tahun 2005. Kita seharusnya berazam untuk terus bekerja dan menjalankan tugas kita dengan sebaik mungkin dengan penuh amanah dan rasa tanggung-jawab. Semoga apabila di tanya Allah di akhirat besok tentang rezki kita maka boleh lah kita menjawab dengan keyakinan bahawa rezki yang kita perolehi itu halal dan diberkati. Jangan lupa juga untuk menyimpan sebahagian dari wang bonus itu bagi keperluan di musim Hari Raya dan Persekolahan anak-anak nanti.

Isu Palestin masih menjadi topik hangat di dada akhbar dan di kaca-kaca TV. Kekejaman rejim Yahudi ke atas Palestin dan Lebonan terus meningkat. Kini sudah lebih 1000 nyawa terkorban, kemusnahan infra yang dahsyat dan penderitaan yang berpanjangan. Penyatuan negara-negara Islam untuk menekan secara significant negara yahudi itu nampaknya masih belum ada. Pelbagai pertubuhan NGOs dan politik yang turut disertai orang awam ada menganjurkan beberapaa siri demonstrasi di depan kedutaan Amerika dan di masjid-masjid seluruh negara untuk menyuarakan bantahan. Kita doakan semoga gencatan senjata anjuran PBB berkekalan.

Di peringkat rakyat marhain, Alhamdulillah ada inisiatif dari Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) misalnya melancarkan Tabung Kutipan RM1 Untuk Palestin. Pernec juga tidak ketinggalan dengan pelancaran rasmi Tabung Palestin pada 3 Ogos bersempena majlis Ceramah Perdana oleh Dr Hj Hafidzi Mohd Noor (mantan naib presiden JIM) bertajuk Palestin Di Ambang Bahaya, Apa Peranan Kita? Kita berharap warga Pernec sekelian bermurah hati untuk menyumbang seikhlas mungkin pada Tabung ini. InsyaAllah kita akan teruskan kutipan di Pernec sehingga 21 Ogos 2006 untuk kita serahkan kepada pihak JIM. Kita seharusnya prihatin untuk menyokong segala usaha bagi membantu rakyat Palestin dengan bersedekah semampu kita dalam mengisi Tabung ini, InsyaAllah. Jangan lah kita ini seperti senikata lagu Ahli Fiqir “...tip top tip top simpati, tapi nilainya seperti sampah..”. Demi maruah Islam, bangkitlah kita semua membela saudara se Islam kita di Palestin secara berterusan. Target kita kutipan RM10 ribu, InsyaAllah. @@@

Program Surau – Aug/Sept 2006
Kuliah Zohor : AQIDAH – 3 Aug, 7 Sept
• Ustaz Shahrom Abu Hassan (SM Al-Amin)
Kuliah Zohor : FEQAH – 10 Aug, 14 Sept
• Ustaz Ahmad Nazri Mansor (Jordan/UIA)
Kuliah Zohor : TASAWWUF – 17Aug, 21Sept
• Ustaz Omar Saad (Batang Kali)
Kuliah Zohor : TAFSIR – 24 Aug, 28 Sept
• Ustaz Abdul Hakam (Syariah Al-Azhar)
Kuliah Mingguan Muslimat :
Setiap Isnin 1:00-2:00 ptg
• Ustazah Faridah Hanum Zainal Abidin
• Sirah Rasulullah & Kitab Hikam (Bergilir)
Ceramah Perdana : 3 Aug, 4:00-5:30ptg
• Dr. Hafizi (Mantan Naib Presiden JIM) Tajuk: Palestine Di Ambang Bahaya. Apa Peranan Kita ?
Ceramah Perdana : 6 Sept, 4:00-5:30ptg
• Dr Sharipah Hayati Syed Ismail AlQudsy (Universiti Malaya)
Tajuk: Membenteng Umat Islam Malaysia Dari Gejala Murtad –Peranan Siapa?
Solat Berjemaah: Zohor & Asar
• Solat dimulakan 10 minit selepas azan berkumandang pada setiap hari.
Tazkirah Pagi: 8:15 – 8:25 pagi
• Permasalahan Aqidah Tauhid
• 33 Petua Khusyuk Dalam Solat
• Hadis 40
• 7 Formula Individu Cemerlang
• Minhajul Abidin
• Fiqh Sirah
• Mengingati Mati
• Konsep-Konsep Umum Islam
• Resepi Kejayaan Pekerja Cemerlang
• Isteri-Isteri Rasulullah
• Kuliah Pak Guru Al-Ustaz Ishak Din
• Mutiara Perjalanan Hidup Insan
• Checklist Keluarga Bahagia

Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik. (Ar-Ra'd: ayat 22)

LEBONAN – Tahap Kemusnahan (as of 13/8/06)
• Orang Awam Terbunuh – 1,040
• Askar/Polis Terbunuh – 31
• Cedera – 3,630
• Hilang Tempat Tinggal – 973,330
• Nilai Kemusnahan – RM9.75 billion

Segala pandangan & komen sila e-mail ke hisha@pernec.com.my

Persoalan Feqah
Pak ! kalo solat pakai kupiah sah enggak? tanya Wak Seman pada Wak Jamil di sore itu. Enggak jawab Wak Jamil. Waduh pelik benar rasanya jawaban itu keluh Wak Seman. Rasa keliru gitu. Ditanya sekali lagi..namun Wak Jamil tetap dengan jawabannya.

Wak Seman pulang kebingungan. Semalaman dia tidak dapat tidur. Besok aku mesti jumpa Pak Imam. Persoalan ini pasti selesai. Apa pakai songkok macam Pak Dollah saja baru sah solatnya. Bingung. Wak Seman terus ke rumah Pak Imam. Terkejut jugak Pak Imam melihat Wak Seman. Ingatkan emergency bini nak beranak ke apa.

Setelah bertenang Wak Seman pun mengemukakan persoalannya pada Pak Imam dan perihal jawaban dari Wak Jamil semalam. Hmmm... Pak Imam tersenyum penuh berhemah. Dia tahu Wak Jamil bukan calang-calang lebai kat Kg. Pinang Sebatang ni. Pak Imam pun bukan sembarangan juga, ilmu tinggi melampau bukit bukau. Datoknya dulu pengasas kampung dan bapanya pula bekas imam dan guru pondok. Beginilah Wak Seman bisik Pak Imam, solat fardu itu diwajibkan kepada umat Islam dan tertakluk kepada beberapa syarat. Wak Seman sedar itu semua, tapi persoalannya pakai kupiah. Isu di sini ialah pakai kupiah. Sabar sabar. Pak Imam meneruskan hujah, syarat-syarat solat ialah;
• beragama islam
• baligh & berakal
• suci dari hadas
• suci seluruh anggota badan, pakaian & tempat
• Menutup aurat, laki-laki auratnya antara pusat & lutut, sedang wanita seluruh anggota badannya kecuali muka dan dua belah tapak tangan
• masuk waktu solat yang telah ditentukan
• mengadap kiblat
• mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat.

Ya ya Wak Seman udah paham itu semua. Masalahnya kupiah. Wak Seman mahu penjelasan Pak Imam. Iya iya sampuk Pak Imam, Wak Jamil benar semalam. Pakai kupiah enggak sah solat. Waduh apa sudah jadi ni jerit Wak Seman. Matanya berpinau. Kepala botaknya fenin lalat.

Minta bertenang, sebenarnya begini Wak Seman, saya belum abis cakap lagi ni. Yang menjadi syarat sah adalah MENUTUP AURAT. Pakai kupiah masih belum menutup aurat. Kerana laki-laki auratnya antara pusat dan lutut. Justru pakai kupiah saja enggak sah solatnya. Kecuali auratnya sudah ditutup.

OOOOOOOOOOOOO gitu, paham le saya, terima kasih Pak Imam. Wak Seman pun berlalu pulang dengan hati yang lapang tapi bengang. @@@

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.


Monkey Business
Once upon a time in a village, a man appeared and announced to the villagers that he would like to buy monkeys for RM10 each. The villagers saw the good opportunity, went out to the forest and started catching monkeys. The man bought thousand of monkeys at RM10 each and as the supply started to diminish, the villagers stopped their effort. The ‘monkey man’ further announced that he would now buy at RM20 each. This renewed the interest of the villagers and they started catching monkeys again including near the lake garden area. Soon the supply diminished even further and people started going back to their farms.

The offer now increased to RM25 each but the supply of monkeys was not too encouraging as not many monkeys around anymore to catch. The ‘monkey businessman’ now announced that he would buy monkeys at RM50 each. However, since he had to return to the city on other business, his assistant would now buy on his behalf.

In the absence of the man, the assistant told the villagers his brilliant idea, "look at all these monkeys in the big cage that my boss has bought. I will sell them to you at RM35 each and when he returns from the city, you can sell it to him for RM50 each." The villagers see the opportunity for quick bucks here. They can smell the good profit margin and queue up with all their savings to buy the monkeys. Then like any other ‘monkey’s risky business’ the poor villagers never saw the ‘monkey-man’ nor his assistant ever again. Only monkeys every where as far as the lake garden area near the Parliment House. @@@

Isu Murtad & IFC
Kes Azlina Jelani (Lina Joy) adalah cubaan yang akan memberikan impak amat besar yang mencabar undang-undang Syariah di bawah perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya. Kes ini menjadi perhatian penuh organisasi & individu bukan-Islam seluruh dunia. Dan telah memberikan tekanan kepada hakim dan sistem perundangan negara. Di Malaysia saja 11 NGOs telah membela Lina Joy termasuklah Bar Council, Sister-in-Islam, dan Suaram. Peguambela dalam menggulung kes Lina Joy menyatakan “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia, Islam is just a sub-sivilience to constitution..”.

Jika Perkara 121(1A) dipinda, maka Mahkamah Sivil dapat menundukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan dengan demikian apa-apa tuntutan dan aduan yang terkandung di dalam memorandum IFC (Inter Faith Commission) adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Antara tuntutan mereka ialah:
• Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa memohon ke Mahkamah Syariah.
• Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam.
• Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
• Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

Masyarakat kini kurang peka dan sensitif dalam persoalan murtad ini dan lebih menjurus kepada toleransi kaum hingga kekadang terpaksa berkompromi keatas tuntutan syariat. Selepas merdeka hingga tahun 70an, tidak banyak kita dengar kes murtad. Bukan tiada, ada iaitu 178 kes mengikut suatu sumber. Tapi kini kes murtad meningkat dengan mendadak. Dato Mufti Perak selaku Jurucakap Mufti menegaskan terdapat 100,000 kes.

Kalau di zaman 60an kes Natrah yang murtad telah mengumpul umat Islam untuk memprotes dan menunjuk perasaan secara besar-besaran menggambarkan sensiviti masyarakat Islam di negara kita ketika itu. Namun kini high profile case seperti kes Aisyah Bukhori pun masih gagal menyedarkan kita semua akan bahaya isu murtad ini. Sebagai rakyat marhain yang inginkan segala usaha untuk memkotak-katikkan Islam di benteras hingga ke akar umbi, kita menyeru saudara saudari sekelian untuk sama-sama mengembeling tenaga menyokong samampu kita bagi mamatahkan segala niat jahat kafarun laknatullah dan sekutu mereka. Justru pelabagai pertubuhan dan NGOs Islam yang prihatin telah berusaha untuk menangani isu ini termasuklah penubuhan PPI iaitu Peguam Pembela Islam. Turunkan tandatangan bantahan kita supaya sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan yang lebih tegas oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan Islam di negara tercinta. Amiiin. @@@

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya
(Ali-Imran: ayat 85)

Hikmah Sujud
Kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

• membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
• membetulkan pundi peranakan yang jatuh
• melegakan sakit hernia (burut)
• mengurangkan sakit senggugut ketika haid
• melegakan paru-paru daripada ketegangan
• mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
• kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh meringankan bahagian pelvis
• memberi dorongan supaya mudah tidur
• menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
• pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinanperjalanan darah yang baik
• bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, terhindar dari sakit dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
• mengurangkan kegemukan
• pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
• organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
• mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. ###

Syaaban Dan Kelebihannya
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa. Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.” Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:
“ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya. ”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
1. Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
3. Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban (tahun ini jatuh pada tanggal 7 September 2006, Khamis). Umat Islam disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib, zikrullah, berselawat, bertaubat & berdoa penuh keikhlasan. ###

Posting bermanfaat yg berkaitan untuk tatapan..

related post..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...